Gakpo hairan Liverpool tidak konsisten

Gakpo hairan Liverpool tidak konsisten

Gakpo hairan Liverpool tidak konsisten


PEMAIN Liverpool, Cody Gakpo mengakui dia tidak mempunyai jawapan tepat mengapa skuad The Reds terus bergelut dengan masalah konsistensi musim ini selepas tunduk 1-2 di tangan Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Kekalahan itu menyaksikan satu lagi persembahan hambar dipamerkan anak buah Arne Slot dan pengendali itu sendiri mengakui Brighton sememangnya layak membawa pulang tiga mata dalam perlawanan tersebut.

Apa yang lebih mengecewakan, prestasi longlai di Stadium Amex itu berlaku hanya beberapa hari selepas Liverpool mempamerkan aksi dominan ketika membenam Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Situasi tidak konsisten ini menjadi antara punca utama yang menjejaskan musim Liverpool dan mereka sekadar mencatatkan empat kemenangan daripada 10 perlawanan liga yang berlangsung selepas mengharungi aksi Eropah di tengah minggu.

Gakpo yang beraksi penuh 90 minit mengakui kecewa dengan situasi yang sering berulang itu.

“Ia sangat mengecewakan. Saya rasa perkara ini sudah berlaku beberapa kali musim ini, dan ia bukan sesuatu yang baik untuk kami.

“Jika kami tahu apa puncanya, sudah tentu kami akan cuba menyelesaikannya dengan segera. Namun seperti yang dikatakan, ia sudah kerap terjadi,” katanya kepada TNT Sports.

Tambah bekas bintang PSV Eindhoven itu lagi, pasukan perlu melakukan analisis mendalam untuk mencari ‘titik hitam’ yang mengganggu fokus pasukan dalam tempoh tersebut.

“Sudah tentu kami mahu menang, terutama dalam situasi kedudukan liga sekarang, tetapi ia tidak berlaku. Ia adalah petang yang sukar buat kami,” jelasnya.

Walaupun tewas, Liverpool kekal berada di tangga kelima liga, kedudukan yang masih mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ia susulan pesaing terdekat, Chelsea turut mencatatkan keputusan negatif selepas dibelasah 0-3 oleh Everton dalam kunjungan sulung mereka ke Stadium Hill Dickinson.

Ringkasan AI

  • Cody Gakpo dari Liverpool mengakui ketidakpastian penyebab masalah konsistensi skuad musim ini
  • Brighton layak menang dalam perlawanan menentang Liverpool dengan skor 1-2
  • Prestasi Liverpool menurun selepas kemenangan dominan atas Galatasaray dalam Liga Juara-Juara
  • Liverpool hanya meraih empat kemenangan dari sepuluh perlawanan liga setelah bertanding di Eropah
  • Gakpo menekankan keperluan untuk analisis mendalam guna mengatasi masalah konsistensi ini



Source link

OR

Scroll to Top