Gamuda Land pacu inovasi miliki kediaman bertanah impian

Gamuda Land pacu inovasi miliki kediaman bertanah impian


PROSES mencari dan memilih kediaman impian bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi mereka yang menginginkan kediaman yang memenuhi cita rasa dan gaya hidup moden. 

Pelbagai perkara harus diberi perhatian bagi menjamin keselesaan seisi keluarga pada masa hadapan.

Namun, agak sukar bagi mendapatkan projek perumahan yang menepati cita rasa sebegini memandangkan kebanyakan daripadanya menawarkan reka bentuk yang tetap.

Rumah bertanah masih menjadi keutamaan 

Hasil kaji selidik yang dijalankan Gamuda Land pada Jun lalu mendapati bahawa rumah bertanah masih menjadi pilihan utama pembeli hartanah di Malaysia.

Kebanyakan pembeli menginginkan konsep ruang tamu dengan susun atur terbuka yang menghubungkan ruang tamu dengan taman peribadi luaran. FOTO GAMUDA LAND

Namun begitu, 86 peratus daripada responden menginginkan fleksibiliti dalam mereka bentuk kediaman bertanah impian mereka.

Di samping itu, 75 peratus daripada responden turut menginginkan konsep ruang tamu dengan susun atur terbuka yang menghubungkan ruang tamu dengan taman peribadi luaran.

71 peratus daripada mereka juga berpendapat bahawa kawasan perumahan dengan pencahayaan dan dikelilingi alam semula jadi dapat memberikan ketengan fikiran ketika berehat atau ketika bekerja dari rumah.

Justeru, bagi memenuhi keinginan pembeli mereka, Gamuda Land memperkenalkan projek The Clove yang menampilkan reka bentuk moden berinspirasikan alam semula jadi dengan susun atur rumah inovatif.  

Setiap unit terbina di dalam kluster lapan rumah serta dilengkapi dengan taman peribadi yang luas serta kawasan hijau bagi menggantikan lorong belakang tradisional.

The Clove memberikan lebih privasi kepada penghuni bagi menikmati aktiviti harian. FOTO GAMUDA LAND

Projek ini turut didatangkan dengan sebuah inovasi terkini yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) Gemini Pro daripada Google ke dalam portal penyesuaian rumah, GLConnect.

Laman utama portal GLConnect. FOTO GAMUDA LAND

Ia bagi memberikan pengalaman memiliki rumah serba baharu melalui teknologi canggih secara percuma tanpa perlu hadir ke bilik pameran sekali gus menjadikan Gamuda Land sebagai pelopor inovasi digital dalam sektor hartanah Malaysia.

Jika sebelum ini rumah tradisional didatangkan dengan susun atur yang tetap, kini pembeli memiliki fleksibiliti penuh dalam menyusun atur ruang dalaman kediaman mereka seperti yang diimpikan. 

Portal GLConnect turut memberikan cadangan reka bentuk berdasarkan keperluan gaya hidup pembeli, seperti ruang tamu dengan konsep terbuka bagi memastikan setiap rumah yang dibina bukan sahaja memenuhi cita rasa tetapi juga memberikan keselesaan optimum.

Ia turut memberikan cadangan gaya hidup hijau seperti pemasangan panel solar dan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), menyediakan kawasan perbandaran yang matang dan maju seperti yang diidamkan kebanyakan pembeli.

Dengan ciri-ciri rumah pintar seperti kawalan pencahayaan dan sistem keselamatan automatik yang disediakan di dalam portal, pembeli boleh memperibadikan kediaman mereka bagi memenuhi keperluan harian dan masa depan.

Ciri mesra pengguna, mudah digunakan

Satu lagi kelebihan yang terdapat pada portal GLConnect adalah cirinya yang mesra pengguna.

Kebanyakan daripada pembeli rumah berpendapat bahawa akses mudah kepada maklumat dan proses pembelian yang lancar adalah penting. 

Oleh itu, portal GLConnect membolehkan pembeli mendapatkan akses pada bila-bila masa bagi menyesuaikan rumah mereka tanpa perlu hadir secara fizikal di galeri pameran.

Sebagai nilai tambah, pembeli boleh menjadualkan lawatan ke bilik pameran setelah membuat pilihan di portal. 

Di sini, mereka dapat melihat bagaimana pilihan mereka diterjemahkan secara fizikal sebelum membuat keputusan akhir.

Selain itu, GLConnect menawarkan sokongan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.

Ini memastikan portal ini mudah diakses oleh semua golongan, tanpa mengira latar belakang.

Langkah inovatif memajukan industri hartanah

Akan dilancarkan pada 15 Oktober ini, portal GLConnect menjadi bukti bahawa Gamuda Land berupaya mengintegrasikan teknologi digital dalam sektor hartanah, dipacu oleh tiga teras utama iaitu Pembangunan Hartanah, Pembinaan, dan Digitalisasi. 

Pendekatan inovatif ini membezakan Gamuda daripada pesaing, membolehkan mereka merancang susun atur rumah yang bagi meningkatkan pengalaman memiliki hartanah.

Walaupun portal ini dimulakan dengan projek Gamuda Land The Clove, ia diyakini bakal membuka jalan kepada lebih banyak inovasi digital untuk projek lain pada masa hadapan.

Portal ini bukan sahaja mengubah cara rumah dibina, tetapi juga mengubah cara pembeli memiliki kediaman bertanah yang diimpikan.

Alami pengalaman memiliki kediaman bertanah impian serba baharu menggunakan teknologi pintar AI hari ini.

The Clove akan dilancarkan di tiga bandar utama Gamuda Land di Lembah Klang seperti Gamuda Cove (Kuala Langat), Gamuda Gardens (Sungai Buloh Utara) dan siri Clove Signature di twentyfive7 (Selatan Kota Kemuning). 

Siri Clove Signature akan menampilkan kelengkapan premium di tengah-tengah bandar membangun, memberikan penduduk akses yang mudah kepada pelbagai kemudahan di Quayside Mall yang popular. 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Gamuda Land atau hadir ke acara Sunset Euphoria di galeri pameran twentyfive7 pada 11 hingga 13 dan 18 hingga 20 Oktober ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top