Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!


Kini masa untuk nikmati hiburan dengan cara yang lebih berbaloi bersama Tonton Rewards! Diperkenalkan khas untuk pelanggan TontonUp, setiap langganan kini hadir dengan pelbagai diskaun menarik, baucar istimewa dan akses ke acara eksklusif yang menjadikan pengalaman menonton lebih menyeronokkan daripada biasa. Tonton bukan lagi sekadar platform hiburan, tetapi kini menjadi gaya hidup penuh ganjaran untuk semua.

Dengan TontonUp, pelanggan bukan sahaja menikmati drama dan rancangan kegemaran, malah turut berpeluang mendapatkan pelbagai keistimewaan gaya hidup seperti tawaran makanan & minuman, baucar beli-belah, tiket konsert dan acara khas. Semua ganjaran ini boleh diakses melalui laman Tonton Rewards, menjadikan setiap langganan lebih bernilai dan menggembirakan.

Antara tawaran menarik yang menanti pelanggan TontonUp termasuk:

Baskin Robbins – Diskaun RM10
Nikmati kemanisan hidup dengan aiskrim Baskin Robbins! Pelanggan TontonUp boleh menikmati potongan RM10 untuk setiap hidangan aiskrim kegemaran. Sama ada berkongsi dengan rakan atau memanjakan diri, inilah masa terbaik untuk “layan Tonton sambil rasa ganjaran sebenar.”

WOWSHOP – Baucar RM5 & RM10
Khas untuk kaki shopping, pelanggan TontonUp boleh menikmati potongan RM5 untuk pembelian RM59 ke atas (langganan 1 bulan), atau potongan RM10 bagi pembelian RM99 ke atas (langganan 3 bulan). Dari barangan rumah hingga gajet terkini, pengalaman beli-belah jadi lebih jimat dan berbaloi!

Pizza Hut – Baucar RM20
Rasai keenakan pizza panas bersama Tonton Rewards! Dengan langganan 3 bulan TontonUp, pelanggan boleh menikmati dua baucar diskaun RM10 untuk sebarang pesanan Pizza Hut. Sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau teman ketika menonton siri kegemaran.

Watsons – Baucar Bernilai RM108
Langgan Tonton selama setahun dan dapatkan baucar Watsons bernilai RM108! Sama ada untuk produk penjagaan diri, kesihatan atau kecantikan, semua jadi lebih menjimatkan. Kini, anda boleh kekal segar sambil terus mengikuti drama kegemaran di Tonton.

Akses Eksklusif ke Konsert & Acara Istimewa
Tonton Rewards juga memberikan peluang kepada pelanggan menikmati acara hiburan eksklusif! Langgan selama 1 bulan untuk menebus tiket Lah Lah Land bernilai RM30 (1 & 2 November 2025, MIECC), atau langgan selama 12 bulan untuk tiket Samsons Live in Malaysia bernilai RM154 (9 November 2025). Tiket adalah terhad, jadi rebut peluang ini selagi ada!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan, daripada diskaun F&B hingga akses ke konsert dan acara terhebat. Kekalkan langganan TontonUp anda dan nikmati dunia hiburan penuh ganjaran tanpa had bersama Tonton Rewards!





Source link

OR

Scroll to Top