Ganjaran lumayan tidak ganggu tumpuan Tang Jie-Ee Wei

Ganjaran lumayan tidak ganggu tumpuan Tang Jie-Ee Wei


Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Sengheng Lim Kim Heng (tiga, kanan) menyampaikan ganjaran berupa wang tunai kepada Tang Jie (dua, kanan) dan Ee Wei (tiga, kiri) selepas berjaya menjadi juara dunia pada Majlis Ganjaran Khas kepada Juara Dunia di ABM. Foto Bernama

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menegaskan mereka tidak akan hanyut dengan pelbagai ganjaran yang diterima selepas bergelar juara dunia.

Menurut Tang Jie, sebagai pemain badminton, keutamaan mereka adalah untuk terus beraksi cemerlang di gelanggang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan bukannya mengejar imbuhan semata-mata.

“Bagi kami tiada yang berubah kerana sekarang kami masih lagi atlet badminton.

“Sama ada dulu atau akan datang matlamat kami adalah untuk meraih lebih banyak pencapaian untuk negara dan juga untuk kami sendiri,” katanya ketika ditemui media pada majlis penyampaian insentif oleh syarikat jualan barangan elektronik Senheng Malaysia di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Khamis.

Pasangan beregu itu menerima insentif berjumlah RM125,000 daripada syarikat tersebut.

Sebagai penerima biasiswa di bawah Program Biasiswa SS Junior Badminton Talent anjuran Senheng dan Samsung pada 2012, Tang Jie menerima wang tunai RM100,000 manakala Ee Wei membawa pulang produk elektronik bernilai RM25,000.

Kedua-dua atlet itu masing-masing telah menerima ganjaran lebih RM100,000 daripada pelbagai pihak selepas memenangi Kejohanan Dunia di Paris pada 31 Ogos lalu.- Bernama



Source link

OR

Scroll to Top