Garnacho didenda belanja makan malam United

Garnacho didenda belanja makan malam United


London: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mendedahkan Alejandro Garnacho akan membayar makan malam pasukan sebagai hukuman selepas keputusannya terus berjalan ke bilik persalinan susulan tidak puas selepas digantikan pada separuh pertama ketika menentang Ipswich Town.

Amorim berkata dia akan “bercakap” dengan Garnacho selepas insiden tersebut di Old Trafford pada Rabu ini.

Pengurus United itu berkata pemain berusia 20 tahun itu mahu bertemunya di Carrington pada Khamis ini dan selepas dia membayar makan malam rakan sepasukannya — hukuman tidak formal, insiden itu akan ditutup.

“Dia datang kepada saya,” kata Amorim dalam sidang akhbar kelmarin. “Ia lucu kerana keesokan harinya dia datang ke pejabat saya. Saya membuat siasatan, dia pergi ke bilik persalinan untuk menukar pakaian kerana dia basah. Dia menonton perlawanan, bukan di bangku simpanan, dan pada akhir perlawanan dia berada di sana dan pulang ke rumah.

“Jadi, ia bukan isu. Tetapi di kelab besar seperti Manchester United, segala-galanya penting dan persepsi adalah penting. Dia akan membayar untuk makan malam bersama seluruh pasukan dan itu sahaja.”

Garnacho digantikan awal sebagai sebahagian daripada perancangan Amorim selepas Patrick Dorgu menerima kad merah

Pengurus United itu berkata pemain Argentina itu boleh disenaraikan untuk aksi pusingan kelima Piala FA menentang Fulham pada tengah malam ini, walaupun dia perlu terlebih dahulu pulih daripada kecederaan dialami ketika menentang Ipswich.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top