Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi

Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi

Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi


Pempengaruh media sosial, DMA Islam menyorot perhatian ramai apabila mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung peranan suami isteri dalam rumah tangga.

Menerusi perkongsian di Threads, DMA secara terbuka mengkritik segelintir lelaki yang disifatkannya sebagai ‘lembik’ kerana gagal menetapkan peraturan dalam perkahwinan.

“Disebabkan kau orang semua suami yang terlalu lembik untuk set kan rule… Kau orang kena contohi aku,” katanya.

Dalam pada itu, DMA turut berkongsi beberapa ‘peraturan’ yang perlu dipatuhi dalam rumah tangga termasuk tidak terlibat dalam urusan berkaitan anak.

Tambahnya lagi, dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek kewangan keluarga dan menegaskan isterinya hidup di bawah peraturan yang telah ditetapkan olehnya.

“Rule yang aku dah set dengan bini aku; Aku takkan tukar pampers anak. Tak optimal untuk imej aku sebagai lelaki. Kedua, aku tanggung semua benda. Ketiga, She lives under my rule,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top