Gelar Ibu Pempengaruh GRO, Azad Jasmi Dikecam Netizen

Gelar Ibu Pempengaruh GRO, Azad Jasmi Dikecam Netizen


Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tareq Fit menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kesal terhadap selebriti terkenal, Azad Jasmin yang didakwa menggelar ibunya dengan panggilan tidak baik.

Menerusi hantaran di Threads, Tareq berkata ianya terkecetus selepas memberi nasihat kepada Azad mengenai kandungan hiburan yang boleh merosakkan akhlak. Bagaimanapun, Tareq mendakwa Azad mengaitkan ibunya dengan perkara tidak baik.

BACA: Azad Jasmin Bengang Pagar Rumah Roboh Dilanggar Pemandu Mabuk

“Ni ke akhlak seorang artis yang korang sokong? Kurang ajar betul, aku tegur pasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang, kau dah tua, jangan rosakan akhlak ummah.

“Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tak elok langsung. Percaya bila aku cakap pasal geng-geng hiburan haram ni, mengejek pasal kubur Astagfurallah alzeem,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Azad dilihat membalas dengan memanggil ibu Tareq sebagai ‘mak ang’.

“Hang tanya aku halal atau tidak bukan? Jawapan aku ringkas saja, ‘mak ang’. Sekali lagi nak pesan, sebelum hang nak menunggang, fikir-fikirlah ‘mak ang’ nah.

“Kasihan tau, sebab anak menunggang, ‘mak ang’ yang kena tanggung. Ish, parah dah kau ini,” tulisnya.

Perkongsian Tareq itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang beranggapan jawapan balas Azad keterlaluan kerana melibatkan ahli keluarga. Tidak kurang juga, ada yang mahu memboikot stesen radio dikenalikan Azad susulan tindakannya itu.






Source link

OR

Scroll to Top