Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) pada semua 6 daerah yakni Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang bermula Khamis, 6 Mei 2021 sehingga Isnin, 17 Mei 2021.
Namun ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa. Manakala ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.
Kerajaan menggalakkan Tuan rumah menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu. Walaupun aplikasi Mysejahtera telah lama wujud, tetapi masih ada yang keliru untuk membuat kod QR.
Cara Mudah Bina Kod QR
Ekoran daripada pandemik Covid-19 ketika ini, penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis-premis seluruh negara. Bagi yang belum tahu, MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak Covid-19 di Malaysia.
Menyahut suruhan kerajaan ada baiknya anda membuat QR Code bagi memudahkan anda mengesan pengunjung yang datang meskipun dari golongan keluarga. Jom ikuti cara membina QR code.
Pergi ke laman web MySejahteraMula-mula pergi ke laman web MySejahtera di pautan: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
Nanti akan keluar paparan macam dekat bawah ini.
Lepas tu klik dekat “Register MySejahtera Check-In” atau “Daftar MySejahtera Check In”.
- Sign up
Seterusnya kita cuma perlu masukkan nombor telefon.
Nanti kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang kita masukkan.
Bila dah terima SMS, masukkan kod OTP untuk sahkan nombor telefon tadi.
- Isikan maklumat premis
Langkah lanjutnya masukkan pula maklumat premis yang hendak didaftarkan.
Guna alamat rumah pun boleh kalau hendak buat majlis kecil-kecilan.
Contohnya kalau saya nak buat kenduri kahwin kan, saya bubuh “Business Name” sebagai “Majlis Perkahwinan Siti & Zul”.
Dah siap isi tekan butang “Submit”.
- Cetak
Dah siap bolehlah print. Tekan sahaja butang “Print” untuk mencetak.
Anda juga boleh pilih option “Email me” atau “Download” untuk simpan dulu QR Code yang sudah di generate oleh MySejahtera Apps ini.
Selamat mencuba!