Gen Z pembeli bijak, ubah landskap peruncitan Malaysia

Gen Z pembeli bijak, ubah landskap peruncitan Malaysia


DENGAN latar belakang digital yang semakin maju saban hari, Gen Z di Malaysia kini mendefinisikan semula peraturan runcit di Malaysia. 

Pengguna kini lebih teliti dalam memilih produk dan mahukan pengalaman beli-belah yang cepat dengan tawaran terbaik dan pelbagai aspek seperti pemulangan produk tanpa kerumitan, keselamatan dan kemudahan.

Hal ini menyebabkan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) menghadapi cabaran untuk memenuhi kehendak Gen Z yang mahukan produk yang mempunyai nilai yang mereka percayai, penghantaran percuma, harga berpatutan dan jaminan produk.

Data Shopee menekankan trend ini di mana 1.6 juta carian kata kunci berasaskan nilai setiap bulan dikesan.

Kajian terkini Kantar, mendapati dua daripada tiga pembeli Gen Z mengutamakan pemenuhan pesanan dan dua kali ganda lebih cenderung membeli di platform e-dagang yang boleh dipercayai. 

Ini menekankan bahawa selain daripada tawaran produk menarik, pemenuhan dan khidmat penghantaran hebat dan pemilihan platform perniagaan adalah sama penting.

Permata tersembunyi beri perkhidmatan cemerlang

Di Bentong, Pahang, satu perjalanan kulinari bermula di mana produk sambal hitam berjaya menarik perhatian Gen Z.

Pemilik Tokey Sambal Hitam, Khairil Adhzaha mula berniaga pada tahun 2009 dengan matlamat untuk memperkenalkan juadah kampung halamannya kepada orang ramai.

Khairil berdepan pelbagai cabaran terutamanya batasan geografi dan meyakinkan penduduk Lembah Klang yang mempunyai pelbagai cita rasa untuk mencuba sambal hitam Bentong. 

Percaya akan rezeki tuhan, Khairil berjaya mendapatkan bahan-bahan tempatan premium daripada petani Selangor, Pahang dan Perak. 

Dia tahu bahawa kualiti terbaik adalah rahsianya untuk berjaya. Jenama ini berjaya mencipta kejayaan dengan menjadikan juadah tempatan kepada juadah kegemaran seluruh negara, terutamanya dalam kalangan Gen Z.

Resepi utama kejayaan Khairil adalah menawan pembeli bukan sahaja melalui deria rasa tetapi melalui khidmat pelanggan yang terbaik. 

Bagi menonjolkan jenamanya, Khairil nekad untuk menjadi Shopee ‘Preferred Seller’ dengan memenuhi kriteria ketat Shopee dan sentiasa menawarkan produk berkualiti tinggi dan khidmat pelanggan yang cemerlang. 

Ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti jenamanya malah mendapat akses kepada ciri-ciri penting seperti Jaminan Wang Kembali, Jaminan Tepat Waktu, dan program Penghantaran Percuma Shopee yang meningkatkan jualannya.

Dengan sokongan Shopee, Tokey Sambal Hitam ini berjaya mencatatkan peningkatan keuntungan tahunan sebanyak 20 peratus serta meraih anugerah berprestij termasuk ‘Sambal Hitam Terlaris’ di Shopee dan mendapat gelaran ‘Super Favorite buatan Malaysia’ di Shopee Super Awards 2022.

Kini, dengan penilaian 5.0 bintang dan hampir 30,000 pengikut setia, Tokey Sambal Hitam menjadi contoh antara penjual cemerlang yang memanfaatkan e-dagang untuk mencapai kejayaan yang signifikan.

Menurut Khairil, tanpa platform dalam talian Shopee, Tokey Sambal Hitam tidak akan capai kejayaan seperti hari ini.

“Terkini, 25 peratus daripada pesanan harian saya datang terus dari Shopee live. Dengan memanfaatkan rangkaian rakan logistik Shopee yang luas dan ciri sokongan pemasarannya, saya dapat membawakan pengalaman pengguna berkualiti bersesuaian dengan rasa hebat juadah Bentong,” katanya.

Dari Ipoh ke Rantauan, kejayaan ergonomik TTRacing

Dalam era di mana kerja jarak jauh menjadi norma dan keutamaan rakyat Malaysia terutama golongan Gen Z, mereka lebih cenderung mencari produk ergonomik untuk meningkatkan keselesaan dan produktivi harian.

Apabila Henry Ting melancarkan TTRacing di Ipoh, beliau mempunyai visi untuk mengubah cara bagaimana rakyat Malaysia bekerja dan berehat. 

Dengan mengfokuskan pada kerusi ergonomik, Henry ingin meningkatkan persediaan pejabat rumah yang lebih produktif. Bagaimanapun, perjalanan perniagaan TTRacing tidaklah semudah yang disangka. 

Beroperasi sepenuhnya dalam talian dari Ipoh, TTRacing menghadapi pelbagai cabaran dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli produk tanpa merasainya terlebih dahulu dan berhadapan dengan kekangan kos penghantaran yang tinggi.

Segalanya berubah 360 darjah selepas TTRacing bekerjasama dengan Shopee dan memanfaatkan penyelesaian bersepadu Shopee termasuk penghantaran percuma dan pilihan pembayaran fleksibel.

TTRacing mengubah cara perniagaannya menjadikan kerusi ergonomik premium lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Dalam masa enam bulan sahaja, mereka berjaya menggandakan jumlah pesanan kerusi ergonomik.

CEO TTRacing, Henry Ting, berterima kasih kepada Shopee kerana kerjasama ini membuahkan hasil yang tak disangka-sangka.

“Misi kami adalah untuk menyediakan keselesaan dan sokongan terbaik kepada setiap pengguna. Dengan sokongan Shopee, kami berjaya memperluas capaian pelanggan ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara, serta mengukuhkan kedudukan TTRacing sebagai jenama utama dalam penyelesaian ergonomik premium.

“Selain itu, dengan menyertai kempen jualan Shopee, kami berjaya menarik perhatian pembeli semasa waktu kemuncak membeli-belah dan peningkatan 188 peratus dalam pesanan dari tahun ke tahun terutamanya apabila membuat perbandingan kempen 7.7 tahun ini dengan tahun lalu,” katanya.

Dengan menggabungkan reka bentuk produk yang inovatif, perkongsian strategik, dan polisi yang mengutamakan pelanggan, TTRacing berterusan menerajui pasaran dalam penyelesaian ergonomik, menetapkan piawaian baru untuk keselesaan dan produktiviti dalam era digital hari ini.

Keyakinan pembeli meningkat, jualan bertambah

Bagi Shopee, tujuan utama mereka adalah untuk memupuk pertumbuhan dan daya tahan perniagaan tempatan serta membangunkan ekosistem e-dagang.

Menurut Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, Shopee menganggap mereka bukan sekadar platform tetapi sebagai rakan kongsi buat PMKS.

“Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam memperkasa perusahaan tempatan, meningkatkan pendedahan dan minat terhadap produk buatan Malaysia, serta membolehkan jenama tempatan menawarkan produk dan pengalaman pelanggan yang bertaraf dunia,” katanya.

Tahun ini, Shopee mengukuhkan komitmennya menyokong pertumbuhan PMKS dengan melancarkan ciri-ciri baru untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah bagi pembeli dan menyediakan lebih banyak peluang kepada penjual untuk berkembang.

Inisiatif ini termasuk program seperti Penghantaran Percuma di seluruh platform dan Jaminan Tepat Waktu dan meningkatkan saluran mesra Gen Z seperti Shopee Live, Shopee Video, dan program Penyelesaian Pemasaran Affiliate.

Fokus terhadap inovasi dan sokongan, Shopee terus memperkasa perniagaan tempatan untuk mencapai kejayaan dan menawan hati Gen Z.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top