Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi cantik Fatin Afeefa berkongsi satu hantaran di Instagram bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun. Meniti usia yang matang, Fatin dilihat kekal istiqamah berhijab dan memberi tumpuan penuh terhadap keluarga.
Dalam hantaran itu, Fatin tersenyum manis sambil memegang sejambak mawar kuning berserta hadiah istimewa di sisinya.Terserlah sisi kematangan Fatin pada usianya yang genap 30 tahun pada 13 Julai 2024 yang lalu.
“la vie en rose” tulisnya ringkas dalam bahasa Perancis.
Fatin juga dilihat semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan terkininya yang lebih ‘privasi’ setelah mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian.
Keputusannya itu juga adalah bagi menghormati permintaan suami, Aliff Awang atau terkenal dengan panggilan Opai yang mahu dirinya menjadi Muslimah serta isteri dan ibu yang terbaik buat anak-anak.
KEHIDUPAN TERKINI
Menurut pemilik nama penuh, Fatin Nur Afifah Shamsudin ini dia hanya akan keluar sebulan sekali atas urusan kerja.
Katanya, dia tidak merasa ralat meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian. Apa yang penting bagi Fatin ialah doa dan restu suami.
Fatin juga pernah memberitahu kini dia lebih suka berada di rumah kerana merasa lebih tenang dan tiada tekanan mahupun gangguan.
Pada masa yang sama, Fatin dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga. Anak-anak pun membesar depan mata.
ISTIQAMAH MENUTUP AURAT
Fatin turut mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej berhijab. Kian terserlah kecantikan Fatin apabila menutup aurat dengan sempurna.
Menganggap dirinya masih belajar, Fatin turut memohon orang ramai agar mendoakan kebaikan buat dirinya dan keluarga.
Menurut pelakon filem Tentang Bulan ini dia mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik. Fatin mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang Muslimah.
Untuk info, Fatin dan Aliff mendirikan rumahtangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Subang Jaya.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia sembilan tahun.
Semoga Fatin Afeefa kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
BACA JUGA: “Cantiknya Girl Crush!” Kongsi Gambar Bertudung, Penampilan Terkini FATIN AFEEFA Raih Pujian