Gencatan senjata di Lubnan elak serangan, pencerobohan lanjut

Gencatan senjata di Lubnan elak serangan, pencerobohan lanjut



am@hmetro.com.my

Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan yang sedang berkuat kuasa dapat mengelakkan sebarang serangan dan pencerobohan lanjut.

Beliau berkata, penyelesaian secara damai terhadap konflik terbabit amat dialu-alukan walaupun Malaysia masih menunggu butiran lanjut mengenainya.

“Buat masa ini, gencatan senjata nampaknya sesuatu yang positif, tetapi terdapat kebimbangan tertentu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, kita perlu memantau dengan rapi.

“Bagi saya, yang paling penting sudah tentu gencatan senjata, kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan sebarang serangan atau pencerobohan lanjut,” katanya pada sesi soal jawab bersama peserta pada Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.

Kesepakatan itu dicapai selepas kedua-dua pihak menerima perjanjian dengan AS dan Perancis sebagai pengantara.

Biden dilaporkan berkata, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir pada jam 4 pagi waktu tempatan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kebimbangannya bukan sekadar konflik di Lubnan, malah di Gaza serta Tebing Barat.

“Sebarang usaha dan inisiatif untuk mencari penyelesaian secara damai terhadap konflik ini amat dialu-alukan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top