Gerakan cadang kerajaan selaraskan strategi jangka sederhana, panjang seiring dengan AI

Gerakan cadang kerajaan selaraskan strategi jangka sederhana, panjang seiring dengan AI


KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan kerajaan menyelaraskan strategi jangka sederhana dan panjang seiring dengan trend kecerdasan buatan (AI) global.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia demi memastikan ekonomi negara dapat bergerak ke arah penyelidikan dan pembangunan teknologi sekalogus menarik pelaburan asing dan membawa negara ke kemuncak baru dalam pembangunan ekonomi sejak tahun 90-an.

“Dengan mengalihkan industri yang berintensifkan buruh kepada industri yang berintensifkan teknologi,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau, cabaran terbesar negara adalah isu kecekapan kerajaan dan kestabilan dasar.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mempunyai dasar yang jelas untuk memperbaiki ituasi tersebut sekaligus menumpukan perhatian kepada hala tuju dan ekonomi baharu.

Katanya lagi, perkara berkenaan boleh diumum Ketika pembentangan Bajet 2025 tidak lama lagi.

“Jika isu ini tidak diperbaiki dalam jangka masa panjang, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing. Saya akui bahawa pelaburan asing memerlukan sedikit masa untuk memberikan impak, tetapi yang lebih penting adalah terdapat beberapa perkara yang perlu kita perbaiki dalam menarik dan mengekalkan pelaburan asing, terutama dalam hal susulan terhadap memorandum persefahaman pelaburan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan hanya mencapai kerjasama setiap kali lawatan kerja atau lawatan rasmi ke luar negara.

Sebaliknya Dominic berkata, ia mesti disertai tindakan proaktif untuk memastikan pelaburan tersebut akhirnya masuk ke negara kita, bukan sekadar menjadi data yang tidak bermakna.

“Dalam situasi ini, kedudukan geografi dan politik negara kita yang strategik berpotensi menjadi pilihan ideal untuk pelabur asing yang mencari lokasi peralihan luar pesisir yang lebih dekat dan lebih mesra, serta menarik lebih banyak syarikat untuk memindahkan pengeluaran mereka ke negara kita.

Beliau berkata, negara kita mempunyai populasi yang besar dan berpendidikan tinggi yang boleh menjadi kelebihan ekonomi dalam menarik pelaburan asing.

Dominic berkata, modal insan tersebut berpotensi dalam industri berasaskan pengetahuan dan sektor bernilai tambah tinggi yang boleh memberikan sokongan yang kuat untuk pembangunan ekonomi negara. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top