KELAB La Liga, Girona perlu lebih agresif dalam usaha menyaingi Liverpool apabila kedua-dua bertarung dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Montilivi, kata pengendali kelab Sepanyol itu Michel.
Girona, yang berada di kedudukan ketiga La Liga musim lalu, kini menduduki tempat kesembilan mengharungi empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan semua pertandingan.
Malah, Blanquivermells juga memenangi satu daripada lima aksi di Eropah berbanding Liverpool, yang mempunyai rekod sempurna selain memimpin Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.
“Kami mahu melihat Girona yang agresif dengan dan tanpa bola. Mereka menguasai permainan. Saya lebih suka mempunyai mentaliti memenangi bola secepat mungkin, kami perlu melihat ke hadapan dengan dan tanpa bola.
“Mungkin ada kalanya kami akan mempertahankan ruang tetapi mentaliti perlu sangat agresif. Penonton mesti menjerit untuk detik bersejarah,” kata Michel.
Girona akan melayan kunjungan Liverpool dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Montilivi pada awal pagi Rabu.
Mengulas lanjut prestasi Liverpool kendalian Arne Slot, Michel menyedari sepenuhnya skala tugas yang dihadapi Girona apabila berdepan gergasi England tersebut.
“Mereka menguasai semua konsep permainan. Permainan mereka sangat dinamik, mereka menukar struktur pada bila-bila masa dan mereka mempunyai pemain dengan intensiti dan tekanan yang tinggi.
“Jika anda berada di belakang mereka, mereka mampu memenangi, jika mereka berada di blok rendah mereka mampu mempertahankan kawasan kerana kuat di udara.
“Kami perlu berlari lebih daripada sebelumnya. Tetapi ia boleh dilakukan, sudah tentu. Mereka menguasai segala-galanya dan itulah sebabnya kami perlu memikirkan diri sendiri, menjadi diri sendiri dan memberikan versi terbaik diri kami,” kata pengendali berusia 49 tahun berkenaan.
LIGA JUARA-JUARA
Rabu (11 Disember)
Dynamo Zagreb lwn Celtic, 1.45 pagi
Girona lwn Liverpool, 1.45 pagi
Brest lwn PSV Eindhoven, 4 pagi
Shaktar Donetsk lwn Bayern Munich, 4 pagi
Club Brugge lwn Sporting Lisbon, 4 pagi
Red Bull Salzburg lwn Paris Saint-Germain, 4 pagi
Red Bull Leipzig lwn Aston Villa, 4 pagi
Bayern Leverkusen lwn Inter Milan, 4 pagi
Atalanta lwn Real Madrid, 4 pagi