GISBH: Kanak-kanak ikuti persekolahan selepas kes mahkamah selesai

GISBH: Kanak-kanak ikuti persekolahan selepas kes mahkamah selesai



am@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang diselamatkan polis menerusi Op Global tahun lalu dan sedang menghadapi kes di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu sebaik proses itu selesai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya kini masih mendapatkan dan mengumpul data terperinci berhubung kanak-kanak berkenaan.

Ini kerana katanya, mereka yang sebelum ini mengikuti kelas-kelas khas yang dikendalikan KPM di tempat-tempat perlindungan yang ditetapkan telah dihentikan sebentar bagi memberi laluan kepada kes mahkamah yang dihadapi.

“Sebenarnya, dalam perkara ini kita masih lagi mendapatkan dan mengumpulkan data memandangkan pada sesi yang lalu, kita hentikan sebentar (kelas khas) untuk mereka kerana meneruskan kes-kes mereka di mahkamah.

“Jadi, sebaik sahaja selesai proses itu (kes mahkamah) semua, saya ingat mereka tak ada masalah untuk mereka ke sekolah dan teruskan sesi persekolahan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top