Glasgow 2026: Izzat Shameer langkah kanan, tekad perbaiki persembahan

Glasgow 2026: Izzat Shameer langkah kanan, tekad perbaiki persembahan

Glasgow 2026: Izzat Shameer langkah kanan, tekad perbaiki persembahan


Glasgow: Pemain boling padang negara Izzat Shameer Dzulkeple mengakui terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki meskipun meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan D perseorangan lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC) Centre hari ini.

Izzat Shameer berkata beliau sedikit gementar pada aksi pembukaan menentang Cecil Alexander dari Kepulauan Falkland, namun pengalaman itu membantunya menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan dan meningkatkan keyakinan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Alhamdulillah, ia satu permulaan yang agak baik. Walaupun ada sedikit rasa gementar, secara keseluruhan masih banyak perlu diperbaiki.

“Dalam kumpulan saya masih ada tiga lawan yang agak sukar iaitu India, Malta dan Kanada. Hari ini memberi peluang kepada saya merasai suasana pertandingan, jadi mungkin esok saya akan tampil lebih yakin,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.

Pada aksi hari ini, Izzat Shameer bermula langkah kanan untuk mengatasi Alexander 2-0 (10-3, 7-4).

Mengulas aspek yang perlu diperbaiki, atlet berusia 44 tahun yang membuat penampilan kedua di temasya Sukan Komanwel berkata beliau perlu memperbaiki strategi khususnya balingan.

“Untuk aksi esok, saya rasa mungkin bola yang itu perlu dibaiki dengan kurangkan bola. Sebab rugilah bola itu tak membantu untuk saya mendapatkan mata. Jadi esok mungkin perlu lebihkan sedikit bola ke belakang dan lebih fokus pada,” katanya.

Beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahannya, namun menegaskan tahap konsistensi perlu ditingkatkan bagi mengharungi baki saingan peringkat kumpulan.

Izzat Shameer dijadual menentang wakil Malta Shaun Parnis dalam aksi kedua esok.

Turut beraksi esok ialah gandingan wanita Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman yang akan turun menentang wakil Falkland Islands dan Jersey dalam saingan Kumpulan D bagi acara berpasangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top