Gol awal Maddison sudah memadai untuk The Lillywhites menewaskan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur. Foto Agensi
GOL awal pemain tengah Tottenham Hotspur, James Maddison sudah memadai untuk The Lillywhites menewaskan Manchester United 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur dalam pertembungan menghiburkan pada Isnin.
Maddison, kembali dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan, melakukan percubaan dari jarak dekat minit 13 minit untuk perlawanan yang menampilkan persembahan hambar kedua-dua pasukan.
Kemenangan liga pertama Tottenham di tempat sendiri selepas 105 hari juga meredakan tekanan ke atas pengendali kelahiran Australia, Ange Postecoglou dengan Tottenham bergerak mengatasi United ke tangga ke-12 dengan 30 mata.
Sementara itu, permulaan sukar buat Manchester United bimbingan Ruben Amorim di Old Trafford masih berterusan dan pengendali dari Portugis itu kini telah tewas lapan daripada 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak mengambil alih tugas dari Erik ten Hag.
Manchester United kini turun ke tangga ke-15 dengan 29 mata apabila mereka menjadi pasukan United pertama yang mengalami kekalahan dua perlawanan liga menentang Tottenham Spurs sejak musim 1989-90.
Malah perlawanan itu satu lagi persembahan kurang memberangsangkan ditampilkan pelawat walaupun mempunyai peluang namun dipersiakan Alejandro Garnacho pada separuh masa pertama.
United juga mempunyai peluang menerusi Rasmus Hojlund memaksa penyelamatan daripada penjaga gol Tottenham, Guglielmo Vicario yang kemudiannya bertindak balas untuk menghalang tindakan susulan Garnacho.
Tottenham hadir dengan senarai kecederaan mengecil apabila Postecoglou mengalu-alukan kembali Vicario dan perancang Maddison ke dalam pasukan utamanya manakala Destiny Udogie, Wilson Odobert dan Brennan Johnson semuanya berada di bangku simpanan.