Gol Salah gagal bantu Liverpool raih kemenangan

Gol Salah gagal bantu Liverpool raih kemenangan

Gol Salah gagal bantu Liverpool raih kemenangan


Wolverhampton: Mohamed Salah menamatkan kemarau 10 perlawanan tanpa gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun Liverpool tetap tewas 1-2 kepada pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers di Molineux, awal pagi tadi sekali gus menjejaskan peluang mereka ke Liga Juara-Juara (UCL).

Liverpool kini mengumpul 48 mata daripada 29 perlawanan dan berada di tangga kelima liga, manakala Wolves yang menunjukkan peningkatan prestasi meraih 16 mata daripada 30 aksi.

Jika Chelsea menewaskan Aston Villa awal pagi esok, juara bertahan itu akan tergelincir ke tangga keenam susulan kekalahan kesembilan musim ini. Liverpool juga tidak pernah tewas 10 perlawanan liga dalam satu musim sepanjang sedekad lalu.

Wolves jelas menunjukkan peningkatan di bawah kendalian pengurus, Rob Edwards. Mereka menjaringkan dua gol lewat menerusi Rodrigo Gomes dan Andre, masing-masing sebelum dan selepas jaringan Salah, dalam aksi yang hambar sebelum meledak pada 15 minit terakhir.

Edwards berjaya menyuntik semangat juang dalam pasukan apabila Wolves mencatat kemenangan berturut-turut ke atas pasukan kelompok lima teratas selepas turut menewaskan Villa hujung minggu lalu.

Sebaliknya, Liverpool sekali lagi mempamerkan aksi longlai dan gagal mempertahankan kelebihan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di venue sama pada Jumaat ini bagi aksi pusingan kelima Piala FA.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top