“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz


Pendakwah dan selebriti popular, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz, menyorot perhatian selepas mengeluarkan kenyataan tegas mengenai komuniti songsang yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai ‘tempat’ di dunia.

Menerusi hantaran di Threads, suami kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini tegas dengan pendiriannya menegah perbuatan golongan tersebut yang ternyata melanggar ajaran agama.

“G*y, LGBT tiada tempat di Malaysia. Eh silap, di dunia.

“Sumber: Allah sang pencipta sendiri yang benci gay dan LGBT. Sudah-sudah lah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kelantangan PU Riz dalam menyuarakan isu tersebut.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat isu sensitif sebegini perlu disampaikan dengan pendekatan lebih berhikmah.



Source link

OR

Scroll to Top