GP Singapura: Norris raih petak utama, Vertappen bermula dari tempat kedua

GP Singapura: Norris raih petak utama, Vertappen bermula dari tempat kedua


Lando Norris meraih petak pertama dalam sesi kelayakan menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Singapura di Litar Marina Bay di Singapura. Foto AFP

PENCABAR kejuaraan, Lando Norris daripada McLaren berjaya meraih petak utama untuk perlumbaan Grand Prix Formula Satu Singapura pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Norris dari Britain yang berusaha untuk menumbangkan juara dunia dan pendahulu kedudukan Max Verstappen mencatat masa satu minit 29.525 saat untuk mengatasi pelumba Belanda itu dan meraih petak utama yang keenam dalam kariernya.

Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan di tempat ketiga selepas meningkatkan pecutannya pada saat akhir di bawah pancaran lampu di litar jalanan kota negara itu.

Carlos Sainz daripada Ferrari yang memenangi perlumbaan di sini dari petak utama musim lepas, terlibat dalam kemalangan apabila melanggar dinding sehingga menyebabkan bendera merah dikibarkan.

Beliau tidak mengalami kecederaan, tetapi terpaksa memulakan perlumbaan dari tempat ke-10. Pihak marshal bergegas mengeluarkan keretanya untuk membolehkan sesi kelayakan diteruskan.

McLaren telah ketinggalan dalam persaingan sejak Lewis Hamilton meraih gelaran dunia untuk pasukan Britain itu pada 2008. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top