SEBAGAI rakyat Malaysia, masyarakat negara ini amat menghargai kepelbagaian dan inklusiviti kerana nilai ini menjadi asas kepada pertumbuhan negara.
Komited menyediakan peluang ekonomi kepada semua golongan masyarakat menjelang 2025, matlamat utama Grab adalah bagi membina masa depan di mana setiap individu tanpa mengira latar belakang berpeluang untuk berjaya.
Melalui #GrabBersamaMalaysia, Grab menyokong visi Malaysia untuk ASEAN yang mengfokuskan kepada inklusiviti dan kelestarian, serta mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar bagi semua lapisan masyarakat.
Perkasa orang kurang upaya (OKU)
Sejak 2022 hingga pertengahan 2023, lebih 10,000 OKU telah memasuki tenaga kerja di Malaysia.
Walaupun pencapaian ini adalah satu langkah positif, kadar pekerjaan OKU masih rendah berbanding jumlah OKU berdaftar yang melebihi 674,000 orang.
Grab berusaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan bantuan teknologi dan latihan khas bagi rakan kongsi OKU.
Selain itu, Grab juga memberi sokongan kewangan, seperti pengurangan kadar komisen untuk pemandu OKU bagi meringankan beban kewangan mereka.
Sehingga kini, lebih 3,100 OKU di seluruh Asia Tenggara telah mendapat peluang pendapatan melalui Grab.
Sebagai contoh, di Johor sejak 2013, Grab telah menyediakan platform kepada hampir 100,000 pemandu dan penghantar termasuk lebih 400 OKU untuk menjana pendapatan.
Tangani jurang jantina dalam ekonomi gajet
Dalam pada itu, Grab turut memberi perhatian kepada usaha mengurangkan jurang jantina dalam ekonomi gajet di Malaysia.
Walaupun kaum wanita mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, mereka masih kurang diwakili dalam sektor ini.
Jika golongan wanita menyertai tenaga kerja Malaysia pada kadar yang sama seperti lelaki, negara ini berpotensi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 36 peratus.
Ketidakseimbangan ini lebih ketara dalam sektor seperti perkhidmatan e-panggilan dan penghantaran, di mana lelaki membentuk 68 peratus pekerja tenaga kerja.
Bagi memperkasa golongan wanita, Grab melancarkan program #SisBoleh yang memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan, latihan dan komuniti.
Program ini bertujuan menyediakan kemahiran untuk bekerja dengan penuh keyakinan.
Sejak 2021, Grab mencatatkan peningkatan sebanyak 156 peratus dalam jumlah pemandu dan penghantar wanita di Malaysia.
Walaupun begitu, Grab sentiasa komited untuk terus memperkukuhkan penyertaan kaum wanita dalam sektor ini dengan menawarkan lebih banyak peluang latihan dan sokongan bagi memastikan wanita dapat maju dengan lebih selesa dan selamat dalam pekerjaan mereka.
Sokong pertumbuhan pelancongan, ekonomi Malaysia
Menjelang 2025, Grab juga memberi perhatian kepada sektor pelancongan yang menyumbang 15.1 peratus kepada KDNK negara pada tahun 2023.
Sebanyak 65 peratus pelancong yang datang ke Malaysia menggunakan aplikasi Grab, menunjukkan peranan penting Grab dalam memperbaiki pengalaman perjalanan mereka.
Grab juga berusaha untuk terus menyokong perniagaan tempatan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menyumbang 67 peratus kepada perolehan GrabFood dan GrabMart di Asia Tenggara.
Di Terengganu, jumlah PMKS yang berdaftar dengan Grab terus meningkat dengan pertumbuhan pendaftaran baru sebanyak 20 peratus setiap tahun.
Lebih separuh daripada PMKS ini mendapat penarafan 5 bintang daripada pelanggan.
Untuk memacu pertumbuhan ini, Grab memperkenalkan Grab Tourist Pack yang menawarkan penjimatan segera untuk perjalanan dan hidangan kepada pelancong antarabangsa.
Setiap interaksi dengan platform Grab memberi manfaat kepada pemandu dan peniaga tempatan, sekali gus merangsang ekonomi setempat.
Di samping itu, Grab turut memperkenalkan ciri keselamatan dalam aplikasi Grab untuk memastikan keselamatan pengguna dan pemandu.
Semua pemandu yang ingin menyertai platform Grab perlu menjalani pemeriksaan keselamatan dan kesihatan yang ketat sebelum diterima.
Sebagai negara yang mempengerusikan ASEAN pada tahun ini, Grab Malaysia bertekad untuk menyokong visi ASEAN bagi masa depan yang lebih inklusif dan lestari.
Dengan kerjasama antara kerajaan, industri, dan komuniti tempatan, Grab yakin impak positif yang berpanjangan dapat diwujudkan untuk seluruh rakyat Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd