Grab nadi rakyat Malaysia

Grab nadi rakyat Malaysia


Kuala Lumpur: Bermula sebagai aplikasi tempahan teksi dikenali sebagai MyTeksi lebih sedekad lalu, Grab kini berkembang menjadi ‘superapp’ yang mengubah cara rakyat Malaysia bergerak, makan, berbelanja dan berhubung.

Berlandaskan semangat Keranamu Malaysia, syarikat teknologi itu menegaskan perjalanan mereka dibentuk rakyat Malaysia sendiri daripada pemandu, penumpang hingga bakat tempatan yang membina inovasi di sebalik tabir.

Ketua Pegawai Teknologi Grab, Suthen Thomas berkata, matlamat utama sejak awal penubuhan pada 2011 adalah menjadikan pengangkutan lebih selamat.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo-output%2047.JPEG"

Suthen

“Ia bukan sekadar membina aplikasi, tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat Malaysia,” katanya yang pernah terbabit secara langsung membina kod asas MyTeksi ketika masih bergelar syarikat pemula.

Kini pasukan teknologinya berkembang lebih 2,000 orang, majoritinya rakyat tempatan.

Grab turut menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan utama bagi perkhidmatan mobiliti, penghantaran dan integriti serantau.

Selain itu, kata Suthen, syarikat berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat melalui bimbingan, program keusahawanan dan inisiatif seperti Grab G/AI Sprint untuk melengkapkan kakitangan dengan kemahiran masa depan.

Lindungi pengguna setiap saat

Di sebalik kelancaran aplikasi, keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Yap%20Pei%20Shan%2C%20Acting%20Head%20of%20Cyber%20Security%2C%20Grab%201.jpg"

Pei Shan

Bagi Pemangku Ketua Keselamatan Siber Grab, Yap Pei Shan, tugasan itu lebih daripada sekadar pekerjaan.

“Misi kami mudah tetapi amat penting iaitu melindungi Grab daripada ancaman siber dan membina kepercayaan pengguna. Setiap perjalanan, bayaran dan transaksi perlu dilindungi,” katanya.

Beliau menegaskan pasukannya menggunakan Data Raya, Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk mengesan serta menghalang serangan lebih awal.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Naomi%20Sundrasaykarum%2C%20Head%20of%20Platform%20Safety%2C%20Grab%20%281%29.jpg"

Naomi

Nada sama dikongsi Ketua Keselamatan Platform Grab, Naomi Sundrasaykarum yang memperkenalkan ciri AudioProtect, sistem berasaskan AI bagi memberi ketenangan minda kepada pemandu dan penumpang.

“Keselamatan ialah tanggungjawab bersama. Saya membayangkan bagaimana jika ia melibatkan orang tersayang. Sebab itu setiap langkah kami dilaksana dengan penuh komitmen,” katanya.

Peta hasil tangan rakyat Malaysia

Selain keselamatan, operasi peta juga menjadi nadi perkhidmatan.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo-output%2048.JPEG"

Nurmalina

Pengurus Kanan Operasi Peta Grab, Nurmalina Zainal Abidin berkata, usaha memodenkan peta bermula lapan tahun lalu apabila data sedia ada masih tidak lengkap.

“Hari ini GrabMaps benar-benar mencerminkan jalan raya dan komuniti Malaysia. Maklum balas pemandu digabungkan dengan analisis AI bagi memastikan laluan lebih tepat,” katanya.

Bagi Nurmalina, inovasi peta bukan sekadar tugasan teknikal, tetapi misi untuk menghubungkan rakyat.

Cerminan semangat Malaysia

Daripada MyTeksi ke Grab, perjalanan syarikat itu menjadi bukti ketabahan, perpaduan dan inovasi rakyat Malaysia.

Ketika negara meraikan Hari Malaysia, Grab menegaskan misinya kekal sama iaitu membina Malaysia yang lebih terhubung, inklusif dan bersedia menempuh masa hadapan, satu inovasi demi satu inovasi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top