Grab perkukuh semangat komuniti melalui #GrabBersamaMalaysia

Grab perkukuh semangat komuniti melalui #GrabBersamaMalaysia

Grab perkukuh semangat komuniti melalui #GrabBersamaMalaysia


RAMADAN bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga waktu terbaik bagi memperkukuh nilai kebersamaan dalam masyarakat.

Seiring semangat itu, Grab Malaysia menjalankan pelbagai inisiatif menerusi kempen #GrabBersamaMalaysia bagi meraikan serta menyokong komuniti di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Melalui inisiatif berkenaan, kakitangan Grab bersama rakan pemandu, rakan penghantar, rakan peniaga serta anggota komuniti berganding bahu melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk memulihkan ruang komuniti, berkongsi juadah berbuka puasa dan menyantuni keluarga yang menjadi sebahagian daripada ekosistem platform berkenaan.

Pulih ruang komuniti

Usaha pemulihan ruang komuniti ini dijalankan bagi memberi nafas baharu kepada Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat.

Ia adalah hasil kerjasama antara Grab Malaysia, GXBank dan Jaya Grocer bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan memulihkan ruang yang menjadi tempat berkumpul penduduk setempat.

Mereka bekerjasama mengecat semula, membaiki serta mencantikkan ruang surau yang semakin usang bagi memberi keselesaan kepada komuniti sepanjang Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.

Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor, berkata usaha tersebut bukan sekadar memperbaiki struktur fizikal bangunan, sebaliknya mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi asas kepada inisiatif #GrabBersamaMalaysia.

“Surau berkenaan menjadi tempat masyarakat berkumpul sepanjang Ramadan dan juga sepanjang tahun.”

“Justeru, melihat rakan pemandu, penghantar, kakitangan syarikat serta penduduk kampung bekerjasama memulihkannya ketika berpuasa menggambarkan kekuatan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Selain pemulihan fizikal, Grab turut menyediakan dan mengagihkan hampir 10,000 paket bubur lambuk di 16 lokasi di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Ia sekali gus membawa tradisi berkongsi juadah ketika waktu berbuka kepada komuniti dari Kota Bharu hingga ke Sandakan.

Dalam masa sama, Grab turut menganjurkan majlis iftar khas di Lembah Klang bagi menghargai rakan pemandu dan rakan penghantar bersama keluarga mereka.

Melalui kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, sumbangan duit raya diberikan kepada kanak-kanak yang hadir, selain barangan keperluan harian daripada Jaya Grocer.

“Sabar’s on the Way” 

Aidilfitri ini, semangat kesabaran dan kebaikan sepanjang Ramadan turut dizahirkan menerusi filem jenama terbaharu Grab Malaysia berjudul “Sabar’s on the Way”.

Filem yang diolah semula daripada lagu klasik “Tunggu Sekejap” dendangan P. Ramlee itu diilhamkan daripada interaksi sebenar yang tular antara seorang rakan penghantar bernama Sabar dan seorang pelanggan.

Ia mengisahkan perjalanan seorang penghantar yang berdepan pelbagai cabaran tidak dijangka ketika menyempurnakan satu penghantaran.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Grab Malaysia (@grabmy)

Di sebalik elemen hiburan, filem berkenaan turut mengetengahkan usaha serta dedikasi rakan pemandu dan penghantar dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan makanan, barangan runcit serta keperluan harian dengan mudah.

Rashid berkata, misi Grab adalah untuk sentiasa berkembang bersama Malaysia dengan memastikan setiap usaha yang dilaksanakan memberi manfaat kepada komuniti yang menjadi sebahagian daripada ekosistem syarikat itu.

Menurutnya, sama ada melalui pemulihan ruang komuniti mahupun sokongan kepada rakan pemandu dan penghantar serta keluarga mereka, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Grab dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat sambil menyemarakkan semangat Ramadan di seluruh negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd





Source link

OR

Scroll to Top