Guna AI sekat anasir negatif dalam media sosial

Guna AI sekat anasir negatif dalam media sosial


PETALING JAYA: Pengendali platform media sosial perlu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyekat anasir-anasir yang memudaratkan sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Justeru Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah memperkenalkan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan langkah tepat.

Katanya, ia sekaligus dapat mengekang tiga jenayah utama yang kini ‘berhijrah’ ke ruang maya iaitu scam dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Apa guna ada AI? Apa guna mereka ambil duit dari rakyat Malaysia iaitu pendapatan Facebook pada tahun 2023 adalah RM2.5 bilion.

“Takkan mereka tidak ada komitmen untuk buat saringan automatik terhadap halaman-halaman jenayah ini?” katanya ketika menghadiri Persidangan Carian Antarabangsa Ke-8: ‘Evolusi Media – Mengemudi Kelestarian dan Gangguan dalam Dunia Dinamik’ di Taylor’s University, di sini hari ini.





Source link

OR

Scroll to Top