Gurauan berakhir dengan kematian

Gurauan berakhir dengan kematian

Gurauan berakhir dengan kematian


Washington: Seorang wanita didapati bersalah oleh juri di tengah Florida, atas pertuduhan membunuh tahap dua, empat tahun lalu.

Sarah Boone, yang kini 46, didakwa membunuh Jorge Torres Jr, 42, dengan memasukkan lelaki itu ke dalam bagasi dan ia kemudian dizip, menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Portal Independent melaporkan, juri mensabitkan kesalahan itu pada petang Jumaat lalu.

Keputusan itu dibuat selepas empat tahun Sarah Boone ditangkap susulan kematian Jorge Torres.

Boone ketika ditahan pada awalnya mengaku tidak bersalah dan memberitahu detektif Pejabat Syerif Orange County bahawa dia dan Torres bermain sembunyi-sembunyi pada 23 Februari 2020, di kediaman mereka di Winter Park, Florida.

Mereka menyangka adalah lucu untuk Torres masuk ke dalam bagasi pakaian.

Mereka minum dan Boone kemudian tidur kerana memikirkan teman lelakinya boleh keluar sendiri dari bagasi itu, katanya kepada detektif, menurut laporan penahanan.

Apabila bangun keesokan paginya, Boone tidak menjumpai Torres sebelum teringat teman lelakinya berada di dalam beg pakaian.

Dia membuka zip bagasi pakaian dan mendapati Torres tidak bertindak balas, kata laporan semasa penahanan.

Detektif mendakwa Boone dengan pembunuhan selepas mereka menemukan video pada telefon bimbitnya yang menunjukkan Torres menjerit dari dalam bagasi pakaian bahawa dia tidak boleh bernafas dan berulang kali memanggil nama Boone, menurut laporan penahanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top