Pelakon Rykarl Iskandar menegaskan pendiriannya terhadap isu gangguan seksual, termasuk gurauan berunsur ‘double meaning’, yang menurutnya perlu dipandang serius.
Menurut Rykarl, sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengalami gangguan secara fizikal, namun mengakui pernah menerima gangguan secara dalam talian.
“Saya tidak pernah diganggu, masa kecil sehinggalah seakrang. Cuma gangguan secara online (Direct Message).
“Yang saya dapat bukan orang pun (mungkin Chat GPT) Tapi saya tak reply, saya baca je,” katanya.
Jelasnya, isu ini sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi keupayaannya membaca bahasa tubuh (body language) membantu mengelakkan dia terpalit dengan situasi tidak diingini.
“Perkara ini serius kerana saya sendiri mengambil berat mengenai isu ini. Bila orang tengok muka saya pun mereka tak nak sentuh.
“Percubaan pun tak ada sebab saya boleh bau perkara itu 1 kilometer jauhnya.
“Saya boleh baca isyarat badan seseorang. Bila saya dah nampak individu tersebut ke arah yang tak best, dan saya akan buat individu tu rasa agendanya tidak akan berjaya.
“Cara dia bercakap atau bergurau (double meaning) tu kita sendiri boleh nampak. Dan untuk tidak menjadikan perkara ini lebih besar, saya akan buat individu itu rasa tindakannya itu sebenarnya sudah melampaui batas. Itu cara saya,” jelasnya.

Daalm pada itu, pemilik nama, Nor Heidzriq Haikal Norhamizan menegaskan, dia tidak akan berdiam diri sekiranya gangguan tersebut melampaui had.
“Saya rasa ini bukan masalah besar bagi saya, tapi kalau saya sampai ke tahap itu, saya akan stand up. Jadi untuk mereka yangtak berani tampil mempertahankan diri, perkara ini akan menjadi sesuatu yang besar.
“Jadi mereka to stand up for yourself, kita ada akta, hak kita, maruah sebagai seornag lelaki dan juga perempuan.
“Perkara ini diajar oleh ibu bapa saya terutamanya bapa saya. Beliau ajar saya tentang psikologi manusia, tentang maruah diri dan bila meningkat dewasa ni, saya makin faham nasihat mereka,” ujarnya.
Dalam perkembangan terkini, Rykarl kini tampil dengan siri drama TikTok McDonald: FYP Macam VIP bergandingan bersama Mia Sara Nasuha dan penyanyi Zaki Yamani.
FYP Macam VIP akan ditayangkan secara eksklusif di platform TikTok rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat pada jam 9 malam pada setiap hari Rabu dan Khamis.






