Guru maut dipercayai dibunuh abang kandung

Guru maut dipercayai dibunuh abang kandung


am@hmetro.com.my

Tuaran: Guru wanita maut dipercayai dibunuh abang kandungnya yang mempunyai sakit mental di sebuah rumah di Kampung Tenghilan di sini, semalam.

Mangsa berusia 41 tahun, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di belakang rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek yang berusia 47 tahun ditahan pada hari kejadian.

“Mangsa ditemui cedera pada bahagian leher, kepala dan kedua-dua mata akibat senjata tajam serta disahkan meninggal dunia ketika ditemui,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai mengalami gangguan mental dan pernah menjalani rawatan di fasiliti kesihatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan manakala bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Unit Forensik hospital Queen Elizabeth I hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Noraidin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menghubungi polis di talian 088-794313 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top