Haaland kena tiga jahitan di mulut akibat dihentam pintu bas

Haaland kena tiga jahitan di mulut akibat dihentam pintu bas


London: Penyerang Manchester City, Erling Haaland cedera mulut di mulut dan perlukan tiga jahitan semasa tugasan antarabangsa bersama Norway

Erling Haaland, penyerang Manchester City terpaksa menerima tiga jahitan selepas mulutnya berdarah semasa bersama skuad kebangsaan Norway akibat insiden pelik melibatkan bas pasukan Norway.

Pemain berusia 25 tahun itu kini bersama skuad Norway menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Moldova di laman sendiri, awal pagi esok.

Menurut laporan The Sun, insiden itu berlaku ketika Haaland tiba di hotel pasukan di Oslo. Dia berdiri berhampiran pintu ruang bagasi bas dan secara tiba-tiba pintu tersebut terbuka dengan kuat dan mengenai mukanya, menyebabkan bibirnya berdarah.

Haaland memuat naik swafoto (selfie) di Snapchat yang menunjukkan kecederaan yang dialaminya, dengan kapsyen:

“Baru sahaja dihentam oleh pintu bas. 3 jahitan.”

Seorang peminat bergurau mengatakan Haaland seolah-olah ditumbuk, dan Haaland membalas:

“Hahahaha jawapan salah sahaja.”

Seorang lagi penyokong bergurau dengan menyatakan bintang Arsenal, Martin Ødegaard, telah menumbuknya, dan Haaland secara berseloroh membalas: “Betul.”

Haaland menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan 1-0 Norway ke atas Finland pada Jumaat lalu, melalui sepakan penalti.

Norway kini menang semua empat perlawanan kelayakan mereka setakat ini dan berada di tangga teratas Kumpulan I.

Kali terakhir Norway layak ke kejohanan utama seperti Piala Dunia atau Euro adalah pada Euro 2000.

Haaland memiliki rekod luar biasa bersama negaranya, dengan 42 gol dalam 43 penampilan menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman Norway pada usia muda.

Rakan sepasukan Haaland di Manchester City, Oscar Bobb, turut berada dalam skuad Norway, bersama pemain Fulham Sander Berge, pemain Brentford Kristoffer Ajer, dan David Moller Wolfe dari Wolves.

Martin Ødegaard dari Arsenal merupakan kapten pasukan dan pemain dengan jumlah kaps terbanyak dalam skuad semasa, dengan 66 penampilan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top