Haaland samai rekod dunia 63 tahun milik legenda Malaysia, Abdul Ghani Minhat

Haaland samai rekod dunia 63 tahun milik legenda Malaysia, Abdul Ghani Minhat


PENYERANG sensasi Norway, Erling Haaland terus membuktikan statusnya sebagai penjaring terbanyak paling prolifik generasi ini apabila berjaya menyamai rekod dunia yang sebelum ini hanya menjadi milik legenda Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Norway menewaskan Itali 4-1, Haaland meledak dua gol sekali gus mengesahkan tiket negara itu ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.

Namun lebih manis, jaringan tersebut menandakan Haaland kini menjaringkan gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturut-turut dan menyamai rekod yang telah berusia lebih 60 tahun.

Rekod berkenaan sebelum ini dipegang oleh penyerang berbisa Harimau Malaya, Abdul Ghani yang menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut antara 28 Mei 1961 hingga 28 Ogos 1962.

Rekod itu turut disahkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah & Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Haaland memulakan rentak jaringannya sejak 14 November 2024 ketika membantu Norway menewaskan Slovenia 4-1.

Menariknya, Norway menang dalam kesemua 11 perlawanan sepanjang siri tersebut, sementara satu-satunya perlawanan yang memutuskan rentak konsisten tersebut itu adalah aksi persahabatan menentang New Zealand yang tidak disertai Haaland.

Bintang Manchester City itu kini berada pada tahap permainan luar biasa, memecah pelbagai rekod Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama kelabnya sebelum mengukuhkan reputasinya di pentas antarabangsa.

Sebagai perbandingan, Cristiano Ronaldo hanya mencatat rekod peribadi enam perlawanan berturut-turut menjaringkan gol yang dilakukan sebanyak dua kali dalam kariernya.

Lionel Messi pula pernah mencatat lapan perlawanan berturut-turut antara Disember 2022 hingga September 2023.

Ringkasan AI

  • Erling Haaland sensasi Norway berjaya menyamai rekod dunia penjaringan gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturut-turut yang pernah dimiliki oleh Abdul Ghani Minhat dari Malaysia.
  • Rekod tersebut dipegang Abdul Ghani sejak lebih 60 tahun lalu
  • Haaland memulakan rekod jaringannya pada 14 November 2024 dengan membantu Norway menewaskan Slovenia 4-1
  • Norway menang dalam kesemua 11 perlawanan sepanjang siri jaringan gol Haaland
  • Perbandingan dengan Cristiano Ronaldo hanya mencatat enam perlawanan berturut-turut dan Lionel Messi dengan lapan perlawanan berturut-turut



Source link

OR

Scroll to Top