Hadi seru rakan sepasukan bangkit benam Penang FC

Hadi seru rakan sepasukan bangkit benam Penang FC



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak mahu rakan sepasukan terus pandang ke depan dengan fokus pada saingan Liga Super bertemu Penang esok.

The Cops hampa apabila pasukan itu tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia selepas tewas kepada Negeri Sembilan FC 0-3 pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia tempoh hari.

Hadi mengakui kekalahan di tangan Negeri Sembilan FC cukup mengecewakan namun mengharapkan rakan sepasukan mampu bangkit dengan meraih kemenangan positif pada pertemuan menentang Penang.

“Memang kita sudah bersedia, kita sudah buat persiapan dari segi latihan apa semua. Walaupun kita tewas dalam aksi terakhir, kita sudah lupakan.

“Kita akan bangkit semula dengan lebih kuat dan dapatkan tiga mata dan tebus balik apa yang lepas. Kita nak lakukan yang terbaik untuk perlawanan menentang Penang.

“Saya harap pemain dapat beri 100% dan beraksi dengan baik. Apa-apa boleh jadi, kita ada 90 minit. Yang paling penting dalam 90 minit itu, kita kena bagi yang terbaiklah sebab dalam bola sepak, apa saja boleh terjadi,” katanya.

Selain itu, Hadi juga berharap dapat menjadi antara peledak utama kepada PDRM FC untuk merobek kubu lawan dalam baki saingan Liga Super.

“Tak kisahlah (sama ada) saya jaringkan gol atau tidak. Sebagai penyerang, saya memang nak menjaringkan gol. Yang paling penting sekali, saya nak dapatkan tiga mata dan bawa balik mata dari Penang,” katanya.

PDRM FC bakal berdepan tugas sukar kerana Penang kini dibimbing jurulatih lama mereka, Wan Rohaimi Wan Ismail.

Wan Rohaimi pernah membimbing The Cops dari 2021 hingga 2022. Selepas dilantik sebagai pengganti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, bekas penyerang kebangsaan itu juga mengintai kemenangan pertama sebagai pengendali Harimau Kumbang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top