Hadiahkan Telekung, Kamal Adli Pujuk Uqasha

Hadiahkan Telekung, Kamal Adli Pujuk Uqasha


Pelakon Kamal Adli berkata dia sudah berusaha memujuk isterinya, Uqasha Senrose serta mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Memetik mStar Online, Kamal berkata dia turut menghadiahkan isterinya sepasang telekung untuk memenangi semula hati isterinya.

BACA: Uqasha Senrose Nekad Teruskan Cerai

“Saya ada bagi telekung kepada dia,” katanya.

Bagaimanapun, Kamal berkata usahanya menemui jalan buntu apabila dia menerima surat daripada peguam isterinya mengarahkannya untuk tidak mengganggu atau hubungi aktres berkenaan.

“Saya dapat surat mengatakan jangan ganggu anak guam dia. Jadi saya hormat ‘cooling period’ itu. Kalau saya memang nak (berjumpa).” katanya.

Sementara itu, peguam Kamal berkata pihaknya sudah menghantar surat memohon pertemuan antara kedua-dua pihak untuk selesaikan kemelut rumah tangga.

Hari ini kes perceraian pasangan itu terpaksa ditangguhkan berikutan ketiadaan wakil peguam bagi pihak aktres berkenaan.

Mahkamah menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes. Terdahulu, Uqasha memfailkan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu kerana tiada persefahaman.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top