Hadie Bakal Berlakon, Ina Naim Letak Syarat Tiada Babak Bersentuhan

Hadie Bakal Berlakon, Ina Naim Letak Syarat Tiada Babak Bersentuhan


Nampaknya rezeki Hadie Suhaimi semakin mencurah selepas menyertai Talk To My Manager (TTMM) apabila menerima tawaran berlakon dan bakal membintangi filem pendek berjudul Antara Dua Darjat.

Memetik Astro Gempak, penyanyi berusia 17 tahun itu meluahkan rasa syukur penyertaannya dalam programr realiti berkenaan membuka peluang kepadanya.

BACA: Anak Ina Naim Minta Maaf, Minta Henti Kecam Ibu

“Saya dan ibu berbincang panjang sebelum saya ceburi bidang ini. Bila ditimbang-timbang, lebih banyak kebaikan yang boleh diperoleh, jadi saya cuba.

“Walaupun hanya berjaya ke peringkat akhir program realiti itu, saya bersyukur kerana ia membuka peluang untuk saya terus ke hadapan mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, Hadie mengakui minatnya lebih kepada bidang lakonan dan dia suka berlakon namun anak sulung kepada Allahyarham Suhaimi Saad itu percaya bakatnya lebih menyerlah dalam nyanyian. 

“Saya memang suka berlakon, kadang-kadang di rumah pun saya berlakon dengan ibu. Tapi saya tahu nyanyian itu kekuatan saya. Jadi bila ada peluang berlakon, saya terima untuk mencuba,” katanya.

Dalam pada itu, Ina Naim selaku pengurus Hadie meluahkan rasa syukur di atas tawaran yang diberikan kepada anaknya namun dia akan menilai skrip dan tiada babak bersentuhan.

“Tawaran daripada Jaja Ishak Channel datang pada waktu yang tepat dan dalam filem pendek itu Hadi akan digandingkan dengan Qadejah El Zahra atau Cess, anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri.

“Saya nilai dulu setiap skrip dan produksi, supaya tiada babak bersentuhan atau adegan serta perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Saya akan pastikan setiap projek sesuai dengan usia dan imej Hadi,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top