Anak-anak kepada penyanyi kumpulan Inteam, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie Suhaimi dan adiknya, Pyrosh Edfadwah membimbing kanak-kanak mengaji menjadi perhatian.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, ibu mereka iaitu Ina Naim berkata dalam mengejar dunia jangan lupa tentang akhirat yang selama-lamanya.
BACA: Hadie Bakal Berlakon, Ina Naim Letak Syarat Tiada Babak Bersentuhan
Sedang kita mengejar dunia, jangan kita lupa akhirat selama-lamanya. Mengaji merangkak la baca nak. Esok di sana menjadi temanmu… InsyaAllah,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen mengagumi kebolehan Hadie dan Phyrosh serta memuji didikan ibu bapa mereka serta menganggap adik-beradik itu mewarisi ilmu daripada bapa mereka, Allahyarham Suhaimi Saad.






