Penyanyi Nubhan hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi prosiding pelanggaran kes komital terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfeq.
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai prosiding perbicaraan tersebut, Nubhan bagaimanapun berharap agar kes yang berlangsung pada hari ini berjalan lancar.
“Harini adalah prosiding kes komitel atas perlanggaran perintah mahkamah.
“Harapan saya untuk harini adalah semua yang terbaik. Doakan yang baik-baik sahaja ya,” katanya ringkas.
Nubhan berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar jam 9.19 pagi.
Terdahulu, Peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, 40, memaklumkan, anak guamnya itu tiada keperluan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Februari lalu kerana sebutan pertama kes tuntutan harta sepencarian itu hanya dibuat di hadapan pendaftar.
Malah, kehadiran Mohd Redzuan di hadapan pendaftar mahkamah hanya untuk menyatakan pendirian bahawa anak guamnya itu tidak bersetuju dengan nilai tuntutan yang dibuat oleh pihak plaintif.
Ini kerana, nilai tuntutan yang difailkan oleh Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie disifatkan tidak munasabah.
Manakala, peguam Dr Fie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, pihaknya bersedia untuk berunding dengan Nubhan berkaitan isu melibatkan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.
Sebelum ini, sesi sulh di antara Nubhan dan Dr Fie pada 8 Januari lalu gagal mencapai kata putus daripada kedua-dua pihak.
Untuk rekod, pada 2 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie disahkan bercerai talak dua.
Sepanjang 10 tahun perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, serta Afzan Nayille, 4.
Terdahulu, Peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, 40, memaklumkan, anak guamnya itu tiada keperluan untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Februari lalu kerana sebutan pertama kes tuntutan harta sepencarian itu hanya dibuat di hadapan pendaftar.
Malah, kehadiran Mohd Redzuan di hadapan pendaftar mahkamah hanya untuk menyatakan pendirian bahawa anak guamnya itu tidak bersetuju dengan nilai tuntutan yang dibuat oleh pihak plaintif.
Ini kerana, nilai tuntutan yang difailkan oleh Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie disifatkan tidak munasabah.
Manakala, peguam Dr Fie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, pihaknya bersedia untuk berunding dengan Nubhan berkaitan isu melibatkan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.
Sebelum ini, sesi sulh di antara Nubhan dan Dr Fie pada 8 Januari lalu gagal mencapai kata putus daripada kedua-dua pihak.
Untuk rekod, pada 2 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie disahkan bercerai talak dua.
Sepanjang 10 tahun perkahwinan, pasangan in dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya,9, Ahmad Aaffan, 7, serta Afzan Nayille, 4.





