Hafiz Suip imamkan sendiri jenazah ibu, Ajai bergegas ke Sarawak beri penghormatan

Hafiz Suip imamkan sendiri jenazah ibu, Ajai bergegas ke Sarawak beri penghormatan


Pemergian ibu kepada penyanyi terkenal, Hafiz Suip, 35 iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 60 telah dimaklumkan olehnya menerusi media sosial semalam.

Difahamkan, jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Sarawak pada pagi Selasa selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Hafiz Suip solatkan sendiri jenazah ibu

Namun begitu, menerusi perkongsian Cats FM di TikTok, ramai yang memuji tindakan menyentuh hati pelantun lagu Awan nano itu yang menjadi imam solat jenazah ibunya di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma sebelum pengebumian dijalankan.

Ramai kagum dengan tindakan Hafiz Suip

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengagumi Hafiz dan menyatakan bahawa penyanyi itu sebagai seorang anak yang soleh.

Inilah yang sepatutnya sebagai anak lelaki

Untuk ibu Hafiz

Salute Ajai terbang dari KL ke Sarawak

Selain itu, komposer terkenal, Ajai turut mencuri tumpuan apabila sanggup terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Dapat dilihat yang dia telah memeluk Hafiz dan menenangkan penyanyi itu yang baru kehilangan insan tersayang.

Ajai betul-betul support Hafiz

Semangat setia kawan

hafiz suip

Artikel lain: Kemelut rumah tangga terjawab, Hafiz Suip dan isteri cerai talak satu

Untuk rekod, Allahyarham Halizawati Salleh sebelum ini menghidap diabetes kronik sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong paras lutut.

Sumber: TikTok catfm993





Source link

OR

Scroll to Top