Haier raikan Global Fans Festival ke-7 di Pavilion Bukit Jalil

Haier raikan Global Fans Festival ke-7 di Pavilion Bukit Jalil

Haier raikan Global Fans Festival ke-7 di Pavilion Bukit Jalil


Kuala Lumpur : Peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, Haier meraikan sokongan pelanggan dan rakan strategik menerusi penganjuran Haier Global Fans Festival ke-7 di Pavilion Bukit Jalil.

Acara berlangsung The Piazza, Aras 3 selama lima hari sejak 17 Disember lalu menawarkan pengalaman unik dan mengukuhkan jenama terkemuka itu di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata Haier kekal komited untuk terus mendengar keperluan pengguna, berinovasi dan berkembang agar setiap produk serta pengalaman yang ditawarkan memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di Malaysia.

“Sempena Haier Global Fans Festival ke-7 ini, kami bukan sahaja menghargai kesetiaan pengguna, malah terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih pintar, hubungan yang lebih kukuh serta pertumbuhan bersama,” katanya pada majlis pelancaran acara itu.

Ruang pameran interaktif sebesar 2,600 meter persegi direka sebagai platform gaya hidup bagi peminat sukan, penggemar bola sepak serta komuniti Haier untuk berhimpun dan menyemarakkan semangat “Champion Your Haier Life”.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung termasuk badminton, bola sepak dan tenis, di samping menikmati ganjaran eksklusif Haier sepanjang festival berlangsung.

Acara tahunan pada kali ini membawa makna yang lebih mendalam untuk Haier yang mana Haier Global Fans Festival bermula sebagai sambutan digital untuk menghargai sokongan pengguna kini berkembang menjadi satu gerakan jenama berskala antarabangsa yang menghubungkan jutaan peminat di seluruh dunia.

Ini sekali gus menonjolkan inovasi Haier dan mengukuhkan hubungan dengan pengguna.

Sebagai jenama yang terus mengukuhkan kepimpinannya dalam industri peralatan rumah, Haier telah menduduki kedudukan No.1 dalam kategori Global Major Appliances Brand Retail Volume oleh Euromonitor International selama 16 tahun berturut-turut. Haier juga merupakan satu-satunya jenama ekosistem IoT yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun, selain tersenarai dalam World’s 500 Most Influential Brands selama 21 tahun.

Dalam pasaran Malaysia, Haier menjangkakan pegangan pasaran sebanyak 11% dengan tahap kesedaran jenama mencecah 93%, peratusan tertinggi dalam kalangan jenama peralatan rumah dari China. Produk premium pula menyumbang lebih daripada 38% kepada keseluruhan prestasi Haier di Malaysia.

Tumpuan utama festival ini ialah pameran inovasi terbaharu Haier yang menampilkan pendekatan reka bentuk dan teknologi berprestasi tinggi, selari dengan semangat kecemerlangan atlet juara.

Pengguna di Malaysia antara yang terawal berpeluang melihat secara dekat produk seperti peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Festival ini turut menampilkan zon demonstrasi produk secara langsung, sesi perkongsian interaktif, aktiviti bersama pencipta kandungan, dan ganjaran eksklusif untuk peminat, sekali gus memberikan pengalaman gaya hidup pintar kepada pengunjung.

Kemasukan ke festival adalah percuma. Pelanggan yang berbelanja minimum RM5,000 untuk mana-mana produk Haier berpeluang menebus jersi eksklusif Liverpool FC.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top