Hakim Danish ‘ghaib’ di pentas podium elak semburan arak

Hakim Danish ‘ghaib’ di pentas podium elak semburan arak

Hakim Danish ‘ghaib’ di pentas podium elak semburan arak


Kelibat Hakim tidak kelihatan selepas terlebih dahulu meninggalkan pentas podium bagi mengelak terkena semburan arak.

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mencuri perhatian apabila ‘menghilang’ seketika daripada pentas utama podium Moto3 di Grand Prix Itali di Litar Mugello pada Ahad, dipercayai bagi mengelak daripada terkena semburan champagne sambutan kemenangan.

Tindakan tersebut berlaku sejurus selepas pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun itu meraikan kejayaan bersejarah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus meraih podium sulungnya musim ini.

Namun ketika sesi sambutan podium berlangsung, Hakim Danish dilihat tidak kekal lama di pentas utama, dipercayai bagi mengelakkan situasi yang tidak selesa dengan tradisi semburan minuman beralkohol dalam upacara kemenangan.

Insiden sama pernah berlaku pada 2016 apabila pelumba Moto3 kelahiran Kampung Gajah, Perak ketika itu, Khairul Idham Pawi melakukan tindakan serupa ketika menjuarai GP Argentina.

Hakim Danish meraih podium selepas tampil konsisten sepanjang perlumbaan 17 pusingan sebelum menamatkan aksi hanya 0.456 saat (s) di belakang pemenang, Brian Uriarte yang mencatat masa 33 minit 07.801s.

Rakan sepasukan Uriarte, Alvaro Carpe menamatkan perlumbaan di tempat kedua (+0.418s), manakala Hakim Danish melengkapkan podium di tempat ketiga.

Sementara itu, pelumba Honda Team Asia dari Indonesia, Veda Pratama menamatkan saingan di kedudukan kelapan selepas turut mempamerkan tunggangan kompetitif.

Perlumbaan di Mugello turut mencipta sejarah buat sukan permotoran negara apabila Hakim Danish menjadi pelumba Malaysia pertama kembali ke podium Moto3 dalam tempoh sedekad.

Selepas tujuh pusingan, Hakim Danish kini mengumpul 43 mata keseluruhan menjelang aksi GP Hungary dari 5 hingga 7 Jun ini.



Source link

OR

Scroll to Top