Hakim Danish pamer tunggangan epik di Austin

Hakim Danish pamer tunggangan epik di Austin


Hakim Danish pamer kebangkitan luar biasa apabila bermula di petak tercorot dan tamatkan perlumbaan dengan meraih tiga mata berharga. Foto: Hakim Danish IG

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi penuh semangat pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat yang berlangsung di Litar Americas (COTA) di Austin, Texas pada Isnin.

Hakim Danish membuktikan beliau layak bersaing dalam kelas Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 selepas mengalami kemalangan sewaktu sesi kelayakan 1 (Q1).

Lebih mengagumkan, pelumba pasukan AEON-Credit MT Helmets-MSi itu memulakan saingan dari petak ke-25, iaitu posisi terakhir di Litar Americas (COTA), sebelum melakukan kebangkitan luar biasa untuk menempatkan diri dalam kelompok pungutan mata.

Aksi berani dan konsisten sepanjang perlumbaan menyaksikan Hakim Danish berjaya mengumpul tiga mata berharga, sekali gus membuktikan keupayaannya bersaing di pentas dunia meskipun berdepan cabaran besar sejak awal.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Itali, Guido Pini dari Leopard Racing, diikuti pendahulu kejuaraan, Maximo Quiles di tempat kedua, manakala Alvaro Carpe melengkapkan kedudukan podium.

Sementara itu, pelumba Indonesia, Vega Eda Pratama tidak bernasib baik selepas terlibat dalam kemalangan dan gagal menamatkan perlumbaan.

Terdahulu, nasib tidak menyebelahi Hakim Danish apabila terjatuh dalam sesi Q1, menyebabkan beliau tidak sempat mencatat masa dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak terakhir.

Namun, semangat juang tinggi yang dipamerkan di Austin jelas menggambarkan mentaliti kental pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu untuk bangkit menamatkan perlumbaan dengan gaya tunggangan luar biasa.

Kebangkitan epik di Austin menyaksikan Hakim Danish memperbaiki kedudukannya dalam carta Moto3 apabila naik anak satu anak tangga ke tempat ke-12 dengan 10 mata.

Pusingan keempat bersambung 24 April ini di GP Sepanyol.

Ringkasan AI

  • Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di GP Amerika Syarikat.
  • Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak terakhir namun berjaya menduduki kelompok pungutan mata.
  • Pelumba ini menunjukkan aksi berani dan konsisten, mengumpul tiga mata berharga.
  • Kemenangan perlumbaan ini dirangkul pelumba Itali, Guido Pini.
  • Hakim Danish kini duduk di tangga ke-12 dalam carta Moto3 dengan 10 mata.



Source link

OR

Scroll to Top