KUALA LUMPUR: REV Media Group meneruskan inisiatif Halal Travel dengan memasuki fasa kedua kempen yang menekankan kesejahteraan holistik selari dengan nilai Islam bagi memperkayakan pengalaman kembara komuniti Muslim.
Berlangsung dari Julai hingga September 2025, kempen ini menghimpunkan empat platform digital utama iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.
Melalui gabungan ini, Halal Travel menawarkan panduan dan inspirasi kembara yang memberi penekanan kepada aspek penyembuhan, renungan diri dan keseimbangan hidup.
“Perjalanan bukan sekadar membuka minda, malah mampu memulihkan jiwa. Dengan fasa kedua, kami mahu menunjukkan bahawa kembara berteraskan nilai Islam boleh menjadi bentuk penyembuhan yang bermakna,” kata Penulis Kanan Kandungan Berjenama REV Media Group, Muhamad Shaifullah Tayep.
Antara fokus fasa ini adalah mempromosi destinasi yang menawarkan ketenangan seperti pusat peranginan kesihatan bertauliah halal, lokasi alam semula jadi mesra solat serta aktiviti refleksi kendiri.
Panduan yang disediakan menekankan pengalaman percutian patuh syariah sama ada secara solo, bersama pasangan atau keluarga.
Bagi memudahkan perancangan, REV Media Group turut melancarkan hab digital di www.myresipi.com/halaltravelmy yang memuatkan panduan makanan halal, etika kembara Muslim, senarai destinasi, penunjuk arah kiblat serta waktu solat langsung.
Peraduan #HalalTravelMY
Kempen turut dimeriahkan dengan #HalalTravelMY Photo Contest, di mana orang ramai boleh berkongsi gambar percutian mesra halal untuk memenangi hadiah eksklusif termasuk set bagasi dan pakej urutan tajaan WOWSHOP dan Urban Retreat Spa.
Untuk menyertai, muat naik gambar percutian mesra halal terbaik anda di ruangan komen pada hantaran rasmi Facebook, pilih salah satu platform iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET atau Waktu Solat Malaysia, dan sertakan tanda pagar rasmi #HalalTravelMY.
Dengan gabungan elemen kesejahteraan, keimanan dan ganjaran, REV Media Group yakin Halal Travel mampu menyokong perkembangan pelancongan mesra Muslim serta memberi nilai tambah kepada pengembara di Malaysia dan rantau ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myresipi.com/halaltravelmy atau ikuti MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di media sosial.
© New Straits Times Press (M) Bhd