Halang tugas polis, 2 lelaki sudah dibebaskan dengan jaminan

Halang tugas polis, 2 lelaki sudah dibebaskan dengan jaminan


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur : Dua lelaki yang ditahan kerana bertindak menghalang tugas polis membuat kawalan keselamatan dalam perhimpunan menyokong Global Sumud Flotila (GSF) di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua lelaki ditahan kerana bertindak menghalang tugas polis membuat kawalan keselamatan dalam perhimpunan menyokong Global Sumud Flotila (GSF) di hadapan kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Penahanan kedua-dua lelaki itu tular menerusi satu video berdurasi 54 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pihak polis menjalankan tugas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top