Hamzah belum jawab dakwaan Bersatu dokong tauke kaya – PM

Hamzah belum jawab dakwaan Bersatu dokong tauke kaya – PM


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu menjawab dakwaan kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendokong tokoh korporat besar dan tidak perlu berdolak dalih dengan memainkan isu kenaikan harga barang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, Setiausaha Agung Bersatu masih gagal menjawab dakwaan tersebut dan cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu harga barang.

“Kerja saya hampir saban minggu, pergi ke warung-warung kecil, pasar tidak sampai seminggu, setiap kali (turun padang) saya tanya tentang harga barang dan masalah mereka.

“Saya ingat dia nak elak daripada jawapan tentang parti itu mendokong tauke-tauke kaya dan orang asing. Itu dia belum menjawab,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Hamzah mencadangkan agar Perdana Menteri turun ke pasar basah di sekitar ibu negara bagi meninjau kenaikan harga barang yang semakin menghimpit masyarakat.

Katanya, langkah itu perlu bagi melihat sendiri kenaikan harga barang yang berlaku kini dan akan terus meningkat sekiranya rasionalisasi subsidi diesel diteruskan kerajaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hamzah cadang Anwar turun pasar, lihat sendiri harga naik



Source link

OR

Scroll to Top