Hamzah jawab teguran PM Anwar, bertanya adalah tugas pembangkang -“Itulah kerja kita”

Hamzah jawab teguran PM Anwar, bertanya adalah tugas pembangkang -“Itulah kerja kita”


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan setiap soalan yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan ahli Parlimen kerajaan adalah sebahagian daripada tugas pembangkang di Dewan Rakyat.

tugas pembangkang

Tegaskan tugas pembangkang bertanya

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan permintaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan dakwaan penyerahan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia dibuat susulan laporan media dan bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi.

“Kalaupun ada ahli Parlimen yang membangkitkan isu ini, ia kerana kami membaca laporan akhbar. Sebab itu kami minta supaya Perdana Menteri membentangkan perkara ini di Parlimen.
“Kalau sudah dibentangkan, kita terima. Jika ada lagi khilaf yang timbul pada masa hadapan, kita tanya lagi.
“Itulah kerja kita. Kalau tadi Yang Amat Berhormat bercakap elok tanpa bangkit tuduh-menuduh, saya rasa perkara ini tidak timbul, kita dengar sahaja,” katanya ketika mencelah Sesi Penerangan Khas Parlimen mengenai Isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tugas pembangkang bertanya, ucap terima kasih dengan penjelasan

Walau bagaimanapun, Hamzah (PN–Larut) turut menzahirkan penghargaan terhadap penjelasan yang diberikan Perdana Menteri pada sesi berkenaan.

“Kami di pihak sini menunggu, inilah jawapan yang kami tunggu. Sebab apabila Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa selama ini persahabatan antara Malaysia dan Indonesia adalah baik, saya bersetuju.
“Bukan saya sahaja, rakan-rakan di sebelah sini juga bersetuju. Sebab itu kami mahu penjelasan.
“Kalau sudah ada penjelasan seperti ini, saya bagi pihak semua Ahli Yang Berhormat di sebelah sini mengucapkan terima kasih. Lain kali kita buat (tanya) lagi,” ujarnya.

Artikel lain: Isu jajaran sempadan: Boleh beza pendapat, tapi jangan singgung ‘rakan’ di Indonesia -PM

Terdahulu, suasana Dewan Rakyat kecoh selepas Anwar menegur Ahli Parlimen Pembangkang yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab dan menghina berkaitan isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia.

Perdana Menteri turut menegaskan tuduhan pembangkang yang mendakwa beliau mengkhianati negara perlu diperbetulkan.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)





Source link

OR

Scroll to Top