Pelakon Hannah Delisha memilih untuk berehat dari sebarang aktiviti penggamaran sempena Ramadan kali ini.
Memetik mStar Online, Hannah berkata dia mahu memberi fokus melakukan ibadah pada Ramadan kali ini kerana sebelum ini sudah beberapa tahun sibuk dengan penggambaran.
BACA: Hannah Delisha Dipuji Jaga Aurat, Pakai Stokin
“Tahun ini memang letak sasaran untuk tidak terbbait dengan sebarang penggambaran drama sepanjang Ramadan.
“Keputusan itu dibuat kerana saya rasakan sudah dua atau tiga tahun berturut-turut menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan, ia sangat memenatkan.
“Bukan setiap tahun kita dapat peluang untuk benar-benar merasai bulan ini dengan tenang. InsyaAllah selepas raya nanti saya akan kembali berlakon,” katanya.
Bagaimanapun, Hannah berkata dia masih lagi bekerja dengan melakukan kempen-kempen Ramadan namun berbeza sebelum ini yang hanya di set penggambaran sahaja.
“Jika penggambaran, setiap hari hanya di set, dari pagi sampai malam. Keadaan itu membuatkan saya rasa hilang nikmat Ramadan sebenar,” katanya
Dalam pada itu, Hannah berkata dia teruja dapat menyambut Ramadan sepenuhnya bersama suami, Iman Shah.
“Tahun ini dapat puasa dengan suami. Bila saya sibuk dengan penggambaran susah nak berjumpa suami. Saya keluar pagi, balik malam. Bila balik suami dah tidur,” katanya.
Sumber: mStar Online






