Soalan:
Ada orang kata sunat berjalan di depan jenazah ketika hantarnya ke kubur dan ada orang kata sunat berjalan di belakangnya. Mohon penjelasan.
Jawapan:
Harus hukumnya ketika orang ramai menghantar jenazah ke tanah perkuburan berada di depan jenazah atau di belakangnya.
Menurut pendapat jumhur ulamak sunat berjalan orang-orang di hadapan jenazah tidak jauh daripadanya tetapi tidaklah makruh jika berjalan di belakangnya.
Menyebut oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili :
يسن عند فقهاء الحديث (مالك والشافعي وأحمد) المشي أمام الجنازة، وبقربها بحيث يراها إن التفت لأنه إذا بعد لم يكن معها، والمشي أمامها، لما روى ابن عمر: أنه رأى النبي صلّى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر يمشون أمام الجنازة ولأن المشيع شفيع للميت، والشفيع يتقدم على المشفوع له. وأضاف الحنابلة: ولا يكره كون المشاة خلف الجنازة؛ لأنها متبوعة، ولا أن يمشوا حيث شاؤوا عن يمينها أو يسارها بحيث يعدّون تابعين لها. وذكر المالكية على المشهور: أن الراكب يسير خلف الجنازة.
Ertinya: “Disunatkan di sisi fuqahak ahli hadis iaitu daripada mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali berjalan di depan jenazah dan berada dekatnya sekira-kira nampaknya jika berpaling kerana sungguhnya apabila jauh maka tidak dikira berada besamanya. Dan berjalan itu ialah di depan jenazah kerana hadis yang telah meriwayatkannya ole Ibnu Umar r.a. sungguhnya beliau melihat akan Nabi sollallahu alaihi wasallam dan Abu Bakar dan Umar r.a. berjalan di depan jenazah dan kerana sungguhnya orang yang menghantar jenazah itu ialah memberi pertolongan bagi mayat dan yang menolong itu seharusnya di hadapan atas yang ditolong. Dan ulamak mazhab Hanbali berkata: Tidak makruh berjalan di belakang jenazah kerana sungguhnya jenazah itu diikut akan dia dan tidak makruh juga berjalan sesuai kehendak mereka sama ada berjalan di sebelah kanan jenazah atau sebelah kirinya sekira-kira dihitung mereka itu sebagai orang yang mengikut jenazah. Dan ulamak mazhab Maliki menyebut atas pendapat yang masyhur bahawasanya berjalan mengikut jenazah itu ialah di belakang sedikit daripada jenazah.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Wallahua’lam – HARAKAHDAILY 30/9/2024
Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Ustaz Azhar Idrus.