Hanya 32 minit buat Soon Huat-Shevon ke suku akhir Terbuka Jepun

Hanya 32 minit buat Soon Huat-Shevon ke suku akhir Terbuka Jepun


Soon Huat (kanan) dan Shevon mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas mengalahkan pasangan Singapura dalam aksi pusingan kedua di Tokyo pada Khamis. Foto Agensi

BEREGU profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan momentum positif di Tokyo apabila menjadi wakil pertama Malaysia mara ke suku akhir Terbuka Jepun 2025 sebentar tadi.

Pasangan suami isteri itu menepati ramalan apabila mudah membenam Hee Yong Kai-Jin Yu Jia secara straight set dalam aksi pusingan kedua kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Dalam aksi di Gimnasium Metropolitan itu, Soon Huat-Shevon yang turun dengan status keenam dunia menang set pertama 21-14.

Nyata pasangan dari Singapura berkedudukan ke-23 dunia itu bukan tandingan, apabila gandingan negara terus mendominasi permainan untuk mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 32 minit permainan.

Menanti Soon Huat-Shevon dalam saingan suku akhir pada Jumaat ialah pemenang antara rakan senegara dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin atau Jiang Zhen-Wei Ya Xin pilihan kedua kejohanan dari China.



Source link

OR

Scroll to Top