Hanya 32 minit diperlukan Wei Chong-Kai Wun untuk ke final

Hanya 32 minit diperlukan Wei Chong-Kai Wun untuk ke final



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun hanya memerlukan 32 minit sahaja untuk singkirkan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk ke final Masters Indonesia, sebentar tadi.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini, Wei Chong-Kai Wun berjaya menampilkan aksi yang cukup cemerlang selepas menang straight set ke atas Aaron-Wooi Yik 21-15, 21-16.

Di set pertama, Wei Chong-Kai Wun beraksi dengan cukup baik untuk mendahului 11-7 sebelum membenarkan lawan mendapatkan enam mata berturut-turut tetapi kembali menyamakan kedudukan 16-16 sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan.

Kekalahan itu membuatkan Aaron-Wooi Yik kembali memperbaiki rentak permainan dan cuba menang set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan pemain senior itu membolehkan Wei Chong-Kai Wun mendapatkan mata mudah sekali gus menempah tempat ke pentas akhir yang pertama pada tahun ini.

Untuk makluman, bumi Indonesia bagai membawa tuah buat gandingan muda negara itu apabila sebelum ini, ketika saingan Terbuka Indonesia pada Jun tahun lalu, mereka juga berjaya ke pentas akhir.

Menanti mereka di final esok sama ada pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau beregu Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top