Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty tampil membuka cerita mengenai pengorbanan besar dilakukan sahabatnya yang juga pelakon Que Haidar sepanjang perkahwinannya sebelum ini.
Menerusi satu komen di Threads, Ellie berkata Que berkahwin ketika di puncak kerjayanya serta mendakwa dia korbankan minatnya selama 16 tahun untuk keharmonian rumah tangga dan membesarkan anak-anak dalam persekitaran positif.
BACA: “Sabar Ada Batas, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak” – Adik Que Haidar

“Dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin. Namun, dia mengorbankan 16 tahun hidupnya untuk berdepan dengan paranoia serta membesarkan anak-anak agar mereka membesar dalam suasana yang positif,” katanya.
Sementara itu, Ellie mendakwa isterinya akan mengamuk setiap kali aktor itu menerima tawaran lakonan dan hanya dibenarkan berlakon jika semua pelakon lelaki.
“Jika dia berkeras untuk mengambil sesuatu tawaran, dia hanya dibenarkan menjalani penggambaran sekiranya semua pelakon yang terbabit adalah lelaki.
“Tiada pelakon wanita dibenarkan berlakon bersamanya, malah pelakon tambahan wanita juga tidak dibenarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie berkata dua belas tahun lalu Que pernah bertemu dengannya secara rahsia dan meluahkan rasa rindu dengan dunia lakonan.
“12 tahun lalu, dia pernah bertemu saya secara diam-diam dan beritahu dia rindukan dunia lakonan,” katanya.






