“Hanya Lemahkan Otot Elak Kembang” – Zahiril Adzim Nafi ‘Buat’ Hidung

“Hanya Lemahkan Otot Elak Kembang” – Zahiril Adzim Nafi ‘Buat’ Hidung


Pelakon Zahiril Adzim menegaskan video tular memaparkan dia menjalani prosedur rawatan hidung bukan untuk mengubah bentuk asal sebaliknya hanya untuk mengawal otot.

Memetik HibGlam, Zahiril berkata dia hanya membuat rawatan mengawal otot untuk mengelakkan makin kembang.

BACA: Diminta Berlakon Aksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Hollywood

“Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka nak muat naik, saya tiada nak rahsia-rahsia. Tapi hidung saya masih besar, saya bukan kecilkan hidung.

“Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya tidak membesar, itu saja,” katanya.

Sementara itu, Zahiril berkata dia tiada niat untuk mengecilkan hidung kerana jika dia mahu berbuat demikian sudah lama dia lakukan.

“Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Jangan risau, saya tak akan kecilkan hidung saya.

“Saya dah 14 tahun dalam industri. Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau kesepuluh sudah buat. Ini sudah 14 tahun, tak payahlah. Orang akan cepat perasan nanti,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top