“Hanya Mas Kahwin RM300 & Al-Quran, Itu Saja Permintaan Ardell Untuk Saya Halalkan” 

“Hanya Mas Kahwin RM300 & Al-Quran, Itu Saja Permintaan Ardell Untuk Saya Halalkan” 


Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa mengimbas kembali detik pernikahannya bersama isteri, Ardell Aryana tujuh tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi berkongsikan mengenai pemberian mas kahwin dan hantaran yang diminta oleh Ardell untuk menghalalkan isterinya ketika itu.

BACA: “Ramadan Pertama Di Bumi Syam” – Nadzmi Adhwa Mohon Doa Sertai Misi Kemanusiaan 

“Hanya mas kahwin RM300 sebab di Selangor dan senaskah Al Quran sebagai hantaran nikah kita, untuk miliki awak tujuh tahun lalu. Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. Tiba-tiba nak Subuh ni, sayu sekejap teringat,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang tidak mengejar dunia serta mendoakan perjalanan Ardell ke G4z4.

“Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia. Terima kasih Allah atas kurniaan mu. Semoga Allah redha atas niat awak dan pengorbanan awak. 

“Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana. Selamat pergi dan kembali pada saya dan anak-anak ya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top