‘Hanya satu pasukan mampu gugat Arsenal, Liverpool tiada harapan’ – Terry

‘Hanya satu pasukan mampu gugat Arsenal, Liverpool tiada harapan’ – Terry


LEGENDA Chelsea, John Terry percaya hanya ada satu pasukan yang mampu mencabar Arsenal dalam perlumbaan merebut takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad The Gunners kini gah memimpin liga dengan kelebihan enam mata selepas membelasah musuh tradisi, Tottenham Hotspur 4-1 di Stadium Emirates.

Anak buah Mikel Arteta, yang menamatkan saingan sebagai naib juara pada musim-musim lalu, kini dilihat berada dalam posisi terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga yang sekian lama dinantikan.

Sebaliknya, juara bertahan Liverpool dilihat semakin jauh ketinggalan. Kekalahan mengejut 3-0 di laman sendiri kepada Nottingham Forest bermakna skuad kendalian Arne Slot kini tewas enam daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka.

Nasib malang turut menimpa Manchester City apabila harapan mereka mempertahankan gelaran terjejas selepas tewas 2-1 kepada Newcastle United.

Dengan City dan Liverpool masing-masing ketinggalan tujuh dan 11 mata, Chelsea kini muncul sebagai pencabar terdekat Arsenal di tangga kedua liga.

Skuad kendalian Enzo Maresca itu meneruskan momentum cemerlang dengan kemenangan 2-0 ke atas Burnley pada Sabtu, merekodkan tiga kemenangan berturut-turut tanpa bolos.

Chelsea kini berpeluang membuktikan status mereka sebagai pencabar serius apabila bakal melayan kunjungan Arsenal di Stamford Bridge hujung minggu hadapan.

Malah, Terry berpendapat bekas pasukannya itu adalah satu-satunya kelab yang mampu memberi tekanan kepada Arsenal ketika ini.

“Satu perlawanan besar pada hujung minggu ini apabila Arsenal bertandang ke ‘The Bridge’.

“Saya tidak mengatakan ia akan menjadi penentu kejuaraan, tetapi saya fikir juara liga adalah salah satu daripada dua pasukan ini.

“Bagi saya, Liverpool sudah 100 peratus terkeluar daripada perlumbaan kejuaraan. Liverpool nampak benar-benar bergelut ketika ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • Legenda Chelsea percaya hanya Chelsea mampu mencabar Arsenal dalam perlumbaan EPL musim ini
  • Arsenal memimpin liga dengan kelebihan enam mata selepas mengalahkan Tottenham 4-1
  • Liverpool ketinggalan jauh dalam perlumbaan setelah kalah 3-0 kepada Nottingham Forest
  • Manchester City turut ketinggalan selepas kalah 2-1 kepada Newcastle United
  • Chelsea berada di tangga kedua dan dilihat sebagai pencabar terdekat Arsenal



Source link

OR

Scroll to Top