Hanya sekadar perkongsian, tidak kena mengena dengan sesiapa

Hanya sekadar perkongsian, tidak kena mengena dengan sesiapa


KUALA LUMPUR: Kerap berkongsi petikan Islamik dan mengulas isu semasa, pendakwah selebriti, Haris Ismail menafikan perkongsiannya ditujukan kepada mana-mana pihak.

Menurut Haris, setiap perkongsian yang dimuat naik menerusi platform media sosialnya hanya sekadar peringatan dan kata-kata motivasi yang diulas secara umum.

“Tak ada apalah, itu hanya sekadar perkongsian. Kalau tengok di media sosial saya, saya banyak kongsikan kata-kata yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Haris berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran baju jenama Kita & Co by Mimpikita, di sini, pagi tadi.

Tambah Haris, dia sering mengupas isu dan topik yang berkait dengan situasi semasa bagi membantu sesetengah individu yang sedang melaluinya menemui jalan penyelesaiannya.

“Dari dulu pun, saya cuba kupaskan tajuk-tajuk ‘healing’ untuk bantu orang yang dalam kesedihan dan apa sahaja yang boleh membantu mereka.

“Pagi tadi pun saya ada kongsikan satu petikan, tapi tak ada kena mengena dengan sesiapa,” jelasnya.

Sebelum ini, suami kepada selebriti popular, Neelofa itu kerap memuat naik petikan berbaur teguran berkaitan tindakan sesetengah pihak memberikan alasan yang tidak selari dengan suruhan Sang Pencipta. -UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top